Serious?!

Review Filem Sangkar: ‘Bromance’ Remy, Zul menjadi!

Oleh  | 

PUNYALAH gila filem Sangkar ni sampai dah trending dekat Twitter walaupun masa itu filem belum ditayangkan lagi. Ha, bila dah tayang pula, lagi gila sebab banyak tiket yang sold out gara-gara ramai yang turun untuk sokong filem pertama MMA dekat Malaysuia ni.

Tapi, sis pergi tengok filem ni disebabkan sis memang peminat tegar  karya Khabir Bhatia. Tapi of course review ni tidak akan bias sama sekali. Seperti yang kita tahu, Khabir Bhatia memang power bab ‘drama’ dalam karya dia. Bila mereka nak bawa tema MMA dalam Malaysia, sis dah dapat rasa yang filem ini akan jadi perhatian yelah sebab MMA sekarang dah menjadi antara sukan yang semakin membangun dekat dalam negara kita ini. Jadi bila Khabir Bhatia gabungkan drama dalam MMA, memang boom la cerita dia!

Kepada yang masih pening-pening cerita ni pasal apa? Meh sis bagi pencerahan. Sangkar mengisahkan cerita tentang dua orang fighter iaitu Adam lakonan Zul Ariffin dan Johan lakonan Remy Ishak. Dua orang ni memang terkenal sebagai musuh dalam sangkar MMA. Pendek kata, setiap kali jumpa mesti nak bergaduh punya.

Dalam filem ini akan menceritakan macam mana dua orang musuh ni tiba-tiba boleh jadi kawan karib sehati sejiwa. Chemistry Zul dan Remy dalam filem ini pun betul-betul menjadi. Kepada yang hati tisu, korang mungkin akan lekas cair tengok layanan Zul Ariffin berkorban untuk orang yang dia sayang walaupun dia sendiri tak pernah menerima kasih sayang seperti apa yang kita beri. Memang bromance habis!

Ada banyak benda yang kita boleh beri pujian menerusi filem ini tau, pertama memang dari aspek teknikal seperti pergerakkan camera, warna dan muzi memang terbaik. Tapi apa yang membuatkan sis tabik tentang filem ini ialah  aksi mereka berlawan di gelanggang memang real!

Apa lagi yang best dalam filem ini ialah, walaupun ia filem orang bertumbuk, tapi ada unsur humor. Menariknya, humor yang ada dalam filem ni dicetuskan oleh fighter ini sendiri. Watak Lea lakonan Mira Filzah pun dicetuskan bagi menambah rencah cerita ini. Cukup jenaka, cinta, aksi, persahabatn, drama dan air mata.

Jadi, sis cadangkan korang tengok filem ni dan sokonglah industri perfileman negara kita sama-sama ok?

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my