D-Life

Review filem Yesterday : Adakah kita percaya kepada keajaiban masa lalu?

Oleh  | 

ORAIT semua kaki wayang, baru-baru ini sis ada pergi tengok tayangan filem romantic comedy terbaru bertajuk Yesterday. OMG! love, love, love cerita ni. Kalau korang tengok poster dia, korang mungkin rasa biasa. Tapi percayalah, cerita ini memang best dan tak akan buat korang ngantuk dalam wayang.

Cerita Yesterday digerakkan dengan satu persoalan penting iaitu macam mana kalau dunia tak kenal kumpulan lagenda iaitu The Beatles? Macam mana kalau tak ada seorang pun dalam dunia ini yang tidak kenal lagu-lagu The Beatles?

Watak utama dalam cerita ini ialah Jack Malik yang dilakonkan Himesh Patel. Jack, seorang penyanyi dan komposer yang karyanya tak pernah disukai oleh sesiapa termasuklah keluarganya sendiri. Namun, kawan karibnya sejak kecil yang juga merupakan pengurusnya iaitu Ellie, lakonan Lily James selalu memberi sokongan dan percaya kepada bakatnya.

Kehidupan Jack berubah serta merta apabila bekalan elektrik di seluruh dunia terputus selama 12 saat menyebabkan Jack yang menaiki basikal pada ketika itu mengalami kecederaan apabila dilanggar sebuah lori. Bukan itu sahaja yang terjadi, Jack mengalami kejutan yang lebih besar apabila selepas berlakunya insiden itu, tiada satu pun di dunia ini yang mengenali kumpulan The Beatles.

Jack yang sememangnya meminati The Beatles menjadi sangat terkenal selepas mendendangkan lagu-lagu dari The Beatles sehingga menenggelamkan penyanyi dan komposer terkenal masa kini iaitu Ed Sheeran. Nak tahu apa yang jadi seterusnya, ha kenalah tengok.

Percaya kepada masa lalu?

Tapi sis mempunyai pendapat tersendiri tentang filem ini. Ia membuka mata kita untuk memikirkan bagaimana kalau masa lalu kita jauh lebih indah berbanding sekarang? Adakah kita percaya bahawa masa lalu itu akan muncul kembali di masa hadapan. The Beatles wujud di masa lampau. Tapi jika di bawa ke masa hadapan, lagu-lagunya akan tetap menjadi ‘new future’ kepada seseorang.

Filem ini mengajarkan kita sebenarnya bagaimana untuk melihat masa lalu. Tidak ada masa lalu yang hilang atau terpadam. Waktu akan memutarkan kembali beberapa perkara dari masa lalu untuk menjadi masa depan yang baharu untuk kita.

Yesterday adalah sebuah cerita yang ringkas tetapi sangat indah. Jalan ceritanya tidak begitu rumit, pelakonnya jauh melanggar stereotaip wajah lelaki kacak yang biasa dilihat di filem Hollywood tapi ia sangat hidup dan mengesankan.

Ada beberapa babak yang akan membuat korang gelak guling-guling di dalam wayang. Namun, ada juga beberapa babak yang akan membuat korang terduduk memikirkan bagaimana waktu boleh menemukan dan menghilangkan seseorang dalam hidup kita. Dunia populariti terlalu indah dan ironi sekali. Mempunyai ramai peminat boleh membuat seseorang menjadi lebih sunyi. Semuanya diadun cantik dan dibentangkan dengan cermat di dalam filem ini.

Yesterday sudah mula ditayangkan pada 27 Jun ini. Serbulah pawagam terdekat korang dan tenggelamlah di dalam masa lalu yag mungkin akan muncul kembali di masa hadapan korang. Pergilah menonton! Korang akan keluar dari wayang dengan perasaan puas dan tersenyum lebar. Nah trailer!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my