Serious?!

“Rezeki masih terbuka buat kami….” Wartawan lega akhbar tak jadi tutup

Oleh  | 

URA-URA tentang penutupan akhbar gergasi Utusan dan Kosmo! yang menjadi buah mulut semua orang belakangan ini ternyata tidak benar sama sekali.

Berita itu disampaikan sendiri oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Datuk Abd. Aziz Sheikh Fadzir yang mengakui bahawa syarikat penerbitan tertua di Malaysia itu memang mempunyai masalah tapi tidaklah sampai ke peringkat untuk menghentikan operasi.

Kini, kakitangan syarikat itu terutama para wartawan boleh menarik nafas lega. Tidak ketinggalan wartawan Kosmo! Izwan Mohd. Isa turut menzahirkan rasa kesyukuran di atas berita gembira itu. 

“Alhamdulillah masih ada kesempatan untuk mencari rezeki dan akhbar kesayangan banyak orang ini tidak terhenti begitu saja,”

Sewaktu khabar angin mengenai penutupan akhbar tersebut tersebar semalam, Izwan yang  sudah berkhidmat selama 7 tahun di akhbar tersebut tidak putus-putus menerima ucapan dan kata-kata semangat oleh rakan di media sosial yang mengikut rapat penulisannya selama ini.

“Rasa terharu sebab menerima banyak doa daripada banyak pihak, terutama orang yang tak dikenali di sosial media. Hanya Tuhan saja yang mampu memberikan rahmat ke atas keikhlasan semua orang

Terdahulu, Izwan sempat berkongsi perjalanannya di akhbar Kosmo! selama 7 tahun berbakti.  Bagi Izwan, Kosmo diibaratkan seperti universiti yang banyak mengajarnya untuk menulis serta mengenali manusia. Di akhbar inilah dirinya boleh menonjolkan sisi kreatifnya dalam penulisan menerusi laporan berita.

Positif, Rezeki Allah Maha Luas

Ternyata, Izwan sangat positif dan meyakini bahawa rezeki Allah itu pasti ada untuknya. Menerusi Tweet yang sama, wartawan itu juga mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah banyak memberikan doa dan kata-kata semangat.

BACA:Kenapa akhbar paling tua dekat Malaysia pun boleh goyah? Ini penyebabnya…

Dia saat ini jugalah, kita dapat mengenali siapakah sebenarnya sahabat yang akan hadir memberikan bantuan untuk memastikan kita tidak menjalani ujian ini seorang diri.

Turut mengucapkan kata semangat ialah pengacara dan usahawan popular Neelofa yang turut terkesan dengan krisis yang melanda akhbar ini.

Kini, akhbar Utusan dan Kosmo! masih meneruskan penerbitan. Marilah kita memberi sokongan kepada setiap akhbar di Malaysia seterusnya mengembalikan zaman kegemilangan akhbar Utusan seperti suatu masa dahulu!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my