Dhia Glam

Risau ada uban? Lihat 5 model berusia dan beruban ini pasti korang excited!

Oleh  | 

Belum masuk umur lewat 30 tahun lagi, rambut korang mula dah diundang dengan warna-warna keputihan yang berkilat. Jangan khuatir perubahan warna rambut seperti uban adalah perkara normal ia bergantung kepada hormon, pemakanan, gaya hidup dan genetik keluarga.

Cara senang nak tutup uban ialah dengan mewarnakan rambut atau mengayakan dengan topi dan aksesori rambut yang lain. Jadi bila tumbuh uban bukanlah penamat hidup pun tapi amaran untuk kamu mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat.

Mungkin ada sebilangan korang rasa alergik atau jijik bila melihat uban diatas kepala. Bila korang lihat himpunan model dibawah ini, pasti korang akan tukar fikiran. Mereka bukan seperti Bella Hadid ataupun Kendall Jenner tapi mereka sudah berusia dan beruban penuh atas kepala! Tak percaya? Jom kenali mereka 

via GIPHY

Yazemeenah Rossi, 64 tahun

Sudah mempunyai dua orang cucu tapi Yazemeenah tiada tanda untuk berhenti menjadi seorang model berambut putih. Beliau mula dikenali selepas tular di media sosial dan mendapat perhatian selepas terlibat dalam kempen fesyen Marks & Spencer serta JD Williams.

Kecantikan yang menarik perhatian ramai ini bukan pada warna rambutnya juga dengan kesan kedutan pada wajah Yazemeenah. Menjadikan beliau seorang model yang semulajadi dan realiti pada masa kini. 

 

2 Jocelyne Beaudoin, 61 tahun

Uniknya tentang warna uban Jocelyne ialah ia dibias dengan warna perang keemasan. Ternyata susuk wanita berusia 61 tahun sentiasa menjadi rebutan untuk diabadikan sebagai model kempen, majalah mahupun paparan aspirasi buat wanita lain. Beliau bercita-cita untuk bersara pada umur 78 tahun sama seperti mendiang bapanya. 

 

Nicola Griffin, 56 tahun

Jangan main-main ya dengan Nicola Griffin, meskipun rambut memutih tapi beliau pernah menjadi penghias halaman Sports Illustrated. Menjadikan beliau model paling berusia yang menayang bentuk tubuh seksi didalam majalah tersebut.

Baru sahaja mula kerjaya modelling pada 3 tahun yang lalu tetapi beliau tidak patah semangat kerana yakin dengan penerimaan masyarakat yang kini lebih terbuka menerima pelbagai bentuk subjek sebagai model. 

Caroline Labouchere, 54 tahun

Siapa sangka ketika usia menginjak 50 tahun Caroline dilamar untuk menjadi model. Beliau yang berasal dari tanah British yang menetap di Dubai kini sibuk dengan urusan pengambaraan.

Jangan terkejut ya, dulu Caroline hanya bekerja sebagai penyambut tetamu di sekolah! Wajahnya yang anggun dihiasi pula warna rambut perak berkilat memang terlihat mempesona sekali.

Bagi Caroline mencipta nama sebagai supermodel pada usia lewat 50 tahun bukan ketinggalan tapi permulaan hidup baru. 

Roxanne Gould, 50 tahun

Model asal Amerika Syarikat ini sudah mulai menapak didalam industri fesyen dan fotografi sejak usia 3 tahun. Bayangkan beliau sudah berpengalaman selama 43 tahun dalam bidang ini!

Walaupun sudah berubah warna rambut dan ketegangan kulit namun kecantikan semulajadi wanita ini masih lagi jelas terpancar. No wonder, sehingga kini tidak purus-putus job yang diterima. 

Benarlah kata orang, kecantikan itu subjektif. Ia datang dari bagaimana cara kita melihat, menilai dan menghargai sesuatu.

Mungkin apa yang kita semua boleh pelajari dari para model diatas ialah menghargai dan bersyukur dengan nikmat yang diberikan.

Paling penting jangan malu dengan uban korang. Yelah bukan banyak pun padahal baru sehelai dua sahaja kan! By the way, model yang mana jadi favorite korang? Jangan lupa tinggalkan komen korang okay!


Penulis: Izzah Ab Aziz

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my