Serious?!

Rock 4, Rockers Never Dai pasti membuatkan korang tak kering gusi!

Oleh  | 

HIDUP ni jangan la terlalu serius. Apa kata korang chill sikit dengan hidup korang tu. Nak tahu macam mana nak chill kan hari korang? Hah dengan menonton filem arahan dari Mamat Khalid la. Mesti korang tak kering gusi punya.

Sis pasti ramai yang cukup terhibur dengan filem dari Mamat Kahlid ni kan. Antaranya Zombie Kampung Pisang, Hantu Kak Limah, Man Laksa, Rock, Rock Ooo dan Rock Bro. Semua filem Mamat Kalid ni sesuai untuk tontonan umum.

Tahun ini Rock 4, Rockers Never Dai akan mengeggarka  seluruh pawagam tau. Tapi sebelum korang tempah tiket tu, apa kata korang recap balik filen Rock yang lepas.

Rock

Mengisahkan seorang pekerja pejabat pos menemukan sepucuk surat yang ditujukan kepada band lama beliau diamana mereka berusaha untuk menubuhkan sebuah band yang membawa genre rock.

Rock O

Rock Ooo mengisahkan sebuah band yang bernama Rimba Bara kehilangan seorang ahli utama selepas beliau mengundurkan dari kumpulan tersebut. Kisah Amy Mat Piah watak yang dibawakan oleh Que Haidar yang melalui kehidupan hariannya sebagai pembuat ais batu campur setelah dibuang daripada kumpulan tersebut.

Rock Bro

Rock Bro ini pulak menceritakan zaman kejatuhan era rock di Malaysia disebabkan munculnya genre-genre muzik yang baru. Kumpulan band Rimba Bara yang terpaksa membuat persembahan di tapak ekspo pasar tani dan menerima bayaran dalam bentuk buah dan sayur-sayuran!

Rock 4

Rock 4 merupakan filem yang bakal muncul dan ia mengisahkan penubuhan semula Rimba Bara iaitu Rimba Bara 2. Berbeza dari filem Rock sebelum ini, di mana ia mengisahkan kesusahan seorang pengurus kumpulan dalam mengembalikan semula era rock pada masa kini.

Sebelum korang tempah tiket wayang tu, apa kata layan trailer ini dahulu. Enjoy guys!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my