Dhia Glam

Romantiknya! Justin Bieber tulis lagu untuk Hailey Baldwin

Oleh  | 

JUSTIN BIEBER dan pasangannya Hailey Baldwin merupakan antara pasangan yang cukup terkenal dalam dunia hiburan antarabangsa.

Dua tahun lalu, Justin Bieber mengahwini teman wanita idamannya Hailey Baldwin di mana kita boleh lihat Justin kini semakin matang.

Kisah mereka berdua turut mendapat perhatian oleh peminta mereka dan membuatkan mereka turut gembira dengan kebahagian kedua pasangan ini.

via GIPHY

Justin memilih untuk menyambut hari kelahirannya bersama isterinya sahaja dan meluangkan masa berdua. Justin menceritakan perasaan gementarnya ketika mahu melamar Hailey Baldwin kerana bimbang jika ditolak.

Justin Bieber mencipta sebuah lagu yang dimana ia menceritakan tentang isterinya itu. Lagu tersebut dilancarkan melalui album terbarunya yang bertajuk Changes.

Sumber: Billboard

Beberapa reaksi berbeza diterima daripada beberapa lagu dari albumnya itu seperti Yummy dan Intentions dimana terdapat banyak aspek baru yang disuntik.

Album  Changes juga menceritakan tentang perubahan Justin Bieber kearah yang lebih matang dan baik. Tambahan pula, Justin menyokong tindakannnya itu dengan menyatakan beliau mahu menjadi individu yang lebih baik berbanding dirinya dahulu.

via GIPHY

Disamping itu, Justin juga turut berkongsi dengan pandangannya mengenai perspektif kehidupan melalui sebuah siri di YouTube yang bertajuk Seasons.

Sis harap perubahan ini kekal daripada Justin dan semoga pasangan ini terus kekal bahagia bersama!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my