Be-You-Ty

Rugi sangat kalau korang tak pakai moisturizer! Ini alasannya…

Oleh  | 

RAMAI yang nak cantik tapi masih ramai lagi yang endah dengan peraturan asas kecantikan iaitu mencuci, menyegar, melembab dan melindung kulit. Ini semua dari sikap yang mahu result pantas dan cepat putus asa. Tiada apa di dunia ini kamu boleh dapat dengan pantas mahupun untuk kelihatan cantik. 

Dari pemerhatian sis sendiri,  ada lagi diantara kita skip tentang pemakaian pelembab wajah. Ada yang beranggapan memakai moisturizer punca jerawat naik dan kulit berminyak. Totally wrong girls! Asas untuk mendapatkan kulit sihat dan gebu ialah dari tahap kelembapan yang ada pada kulit. Kesan pada kulit kering lebih membimbangkan kerana ia boleh mendatangkan masalah kulit serius seperti penuaan segera, alergik, luka dan iritasi yang memudaratkan. 

Jadi sis ingin ubah mind set korang semua tentang moisturizer, hargai epidermis kulit anda dari masalah hidrasi.

Perlindungan asas kulit

Membersih dan menyegar wajah boleh menjurus kulit menjadi kering. Jadi cara terbaik untuk pH seimbang kulit dengan menyapu pelembab. Ia melindung dan mengatasi semula efek seperti kulit kemerahan dan menggelupas akibat dari bahan pencuci seperti retinol, salicyclic acid dan benzoyl peroxide.

Solekan tahan lama

Buat mereka yang oily-skin, pelembab boleh membantu mengurangkan pengeluaran minyak sekaligus memberi kesan solekan berkekalan lebih lama dan flawless. Aplikasi solekan ternyata jadi lebih mudah kerana ia menghindar kulit dari kering dan mengelupas. 

Menghaluskan garis tua

Tanpa sedar mungkin kita selalu berkerut sehingga timbul garis-garis halus dibahagian dahi atau garis senyum. Menyebabkan orang salah faham dengan umur kita, aduh malunya! Cuba amalkan sapuan pelembab setiap pagi dan malam. Kamu akan nampak perubahan kulit lebih segar, plumpy dan paling penting wajah jadi awet muda. 

Mengecutkan jerawat

Rutin memakai pelembab sebenarnya sangat membantu untuk mengecutkan jerawat dan dari kembali tumbuh. Fahamkan, semasa kulit kering kalenjar mula akan mengeluarkan sebum berlebihan dimana boleh menyebabkan pori-pori tersumbat sekaligus menjadi breakout! Pelembab cuba mengawal dan memberi tahap kelembapan yang secukupnya pada kulit kamu. 

Ketahui ingredients produk pelembab yang baik untuk jenis atau masalah kulit. Si kulit normal pilih tekstur yang ringan dan mengandungi natural oils, berbeza pula dengan si kulit yang kering memerlukan pelembab yang pekat. Manakala si kulit berminyak perlu memilih pelembab oil-free, noncomedogenic bagi mengelak pori-pori tersumbat. 

Selain menyapu pelembab antara produk yang turut beri kesan yang sama ialah masker muka, serum dan oil-face. Jangan lupa juga untuk minum air putih secukupnya, ia juga untuk kecantikan dalaman. 

 

Sumber: Skin Moisturizer Basics

Penulis: Izzah Ab Aziz

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my