Deko

Rumah kecil? Tak ada hal, nah ini 5 inspirasi nak hias ruang tamu

Oleh  | 

KALAU dah namanya hidup seorang, buat apa nak beli rumah besar gedabak. Betul tak? Beli sahaja rumah yang kita selesa dan yang paling penting, mudah kalau kita nak kemas. Bahagian rumah yang paling penting pula tentunya ruang tamu.

Ia adalah ruang yang paling ideal untuk bersantai dan juga tempat lepak kalau kawan datang lepak. Jadi kita kenalah bagi extra effort sikit nak bagi ruang tamu kita nampak sangat selesa.

Jadi, sis nak kongsikan antara 5 idea yang korang boleh buat untuk ruang tamu rumah korang yang sempit itu.

via GIPHY

Bermain dengan warna cerah

Apa kata korang pilih warna cerah yang dominan macam warna putih. Ini kerana ia akan dapat memantulkan cahaya seterusnya membuatkan ruang tamu korang nampak lebih besar.

 

Perabot

Sebenanrya perabot sangatlah memainkan peranan ya untuk hias ruang tamu yang bersaiz kecil. Pilihlah perabot yang ada kaki yang kecil. Sebab, model perabot seperti ini mencipta kesan terbuka dan lantai yang luas.

Dinding

Jangan bairkan dinding korang kosong sebab nanti ruangan korang akan nampak kaku. Jadi gantunglah gambar atau poster yang cantik-cantik supaya dapat memberi sebuah perasaan ‘hangat’ kepada korang.

Cermin

Jangan lupa cermin kecil atau cermin besar. Letakkan ia dekat posisi yang akan memantulkan cahaya untuk menciptakan ilusi luas pada ruang.

Jangan letak banyak barang

Kalau dah tahu ruangan kornag kecil, jangan letak banyak sangat berang sebab ia akan menjadikan ruang tamu korang nampak makin kecil. Letak benda yang penting dan comel saja.

Jadi begitulah antara tricks untuk korang yang mempunyai ruang yang tak begitu besar. Bolehlah ubah suai kedudukan ruang tamu korang hujung minggu ini, kan?

Sumber: IDN Times

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my