Oh-Oh-Tee-Dee

Rupanya 5 fesyen ini terus meledak gara-gara Kate Middleton!

Oleh  | 

SIAPA yang tak kenal dengan Kate Middleton yang cantik, elok dan sangat style kalau menyarungkan apa-apa busana. Pernah menikahi seorang putera raja semestinya membuatkan banyak mata akan mengarah kepadanya. Kate menjadi perhatian orang ramai dan masyarakat dunia.

Segala pakaian yang dikenakan Kate, pasti akan menjadi ikutan atau best-dress figure paling penting di dunia.  Jom kita tengok apakah 5 fesyen yang meledak gara-gara Kate Middleton.

V neck dress

Antara dress yang paling diingati oleh masyarakat dunia ialah pakaian dress berwarna navy dengan potongan V di bahagian leher. Kate memakai baju berkenaan ketika mengumumkan pertunangannya dengan Putera William dulu.

Pumps

Biasanya kalau menghadiri majlis formal, Kate biasanya akan menyarungkan busana lengkap dengan high heels, pumps dan stiletto. Antara kasut yang dipakai Kate selalu nude dari Gianvito. Ha, kalau korang ada kasut macam ini, korang boleh padankan dengan banyak busana macam yang Kate buat.

Lace

Lace macam ini biasanya orang pakai waktu kahwin sahaja. Tapi ternyata Kate dah ubah pandangan ini dan memakau gaun dengan sentuhan lace. Tengoklah sendiri gambar-gambar ini.

Baca juga: Celine Dion, ikon fesyen sepanjang zaman

Skirt suit

Fesyen ini sudah menjadi inspirasi sebaik sahaja Kate dilihat kerap memakai pakaian ini. Busana yang dipanggil skirt suit ini memang boleh buat korang nampak cantik, ayu, dan fashionable. Nak lagi menyerlah, pilihlah clutch  dan kasut yang sama warna.

Blazer

Blazer macam ini memang sangat sesuai untuk dipakai dalam acara formal atau semi formal. Kalau korang tengok Meghan Markle selalu pakai blazer warna hitam. Tapi Kate lain sikit, dia akan pakai blazer bermacam warna.

Ha, cantik dan trendy kan baju serta aksesori yang dikenakan Kate ini. Korang pun boleh cuba di masa mendatang. Barulah tampil cantik ala-ala Kate!

Sumber: IDN Times

 

Ini artikel menarik yang wajib korang baca:

Perkenal tudung steril pakai buang pertama, anak Malaysia ini bikin semua bangga!

Top 5 gitaris wanita yang paling cool di zaman ini!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my