Inspirasi Dhia

Rupanya dengar muzik boleh buatkan kamu tidur dengan lebih nyenyak

Oleh  | 

SUKAR tidur hingga membuatkan kamu terasa lesu keesokan hari? Macam-macam cara sudah kamu lakukan namun tidak berhasil? Apa kata kamu cuba teknik ini.

Kamu mungkin tidak menyangka  mendengar muzik sebelum tidur sebenarnya boleh membantu meningkatkan  kualiti tidur. Walaupun begitu, kesannya mungkin tidak dapat dilihat semalaman kerana ia memerlukan masa sehingga tiga minggu untuk melihat keberkesanannya.

via GIPHY

Anda disaran mendengar lagu yang mempunyai irama dan muzik yang perlahan. Ini akan membuat anda lebih tenang selain membantu memperlahankan degupan jantung dan pernafasan.

Semasa mendengar muzik, otak anda akan merembeskan cecair Dopamin iaitu sejenis hormon yang sama terhasil setiap kali anda gembira.

Bunyi yang kuat boleh mengganggu tidur kita seperti bunyi bising dari televisyen atau bunyi gonggongan anjing. Namun berlainan pula hasilnya dengan mendengar muzik. Muzik adalah satu irama  teratur yang dapat membantu anda mengatasi bunyi bising di rumah.

via GIPHY

Setelah mengetahui manfaat yang boleh didapati dengan mendengar muzik. Kamu perlu mencari earphone yang selesa memandangkan kamu akan memakainya selama beberapa jam.

Selain mendengar muzik, kamu juga diingatkan untuk mengekalkan tabiat tidur yang baik. Kurangkan pengambilan kafein dan elakkan daripada terdedah dengan pancaran cahaya daripada gajet anda 90 minit sebelum tidur. Jadi, apa lagi! Mari kenakan pijama yang selesa sambil mendengar muzik yang menenangkan untuk malam yang lebih indah!

Sumber: Liputan 6

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my