D-Life

Rupanya ini 5 penyakit yang selalu menyerang Millennial

Oleh  | 

BILA sebut sahaja tentang orang muda, kita tahu yang orang muda sangat dekat dengan dunia kreatif. Mana tidaknya generasi muda ini dekat sangat dengan teknologi. Kalau bolah setiap hari nak hadap media sosial. Namun, disebalik semua itu, rupanya ada penyakit yang mengintai generasi muda ini.

Kajian yang dilakukan oleh Blue Cross Blue Shield menunjukkan generasi milenial memiliki risiko penyakit lebih tinggi berbanding dengan generasi X pada usia yang sama. Mereka juga terdedah dengan banyak penyakit dibandingkan dengan orang muda yang sebelumya.

Bukan itu sahaja, kajian yang dilakukan oleh BCBC Health Index menyatakan rata-rata henerasi milenial mengalami penurunan kadar kesihatan di usia 27 tahun. Bukan itu sahaja, ini antara 5 penyakit yang sering mengencam generasi muda. Jom tengok apakah penyakit tersebut.

via GIPHY

Depresi

Kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat menunjukkan depresi adalah antara masalah utama generasi milenial apabila peratusan penyakit itu meningkat 5 persen pada tahun 2017 jika dibandingkan pada tahun 2014. Ini kerana, generasi sekarang terdedah dengan masalah seperti pekerjaan, kewangan, rumah, dan gaya hidup.

Dadah

Pengambilan dadah dalam kalangan milenial juga meningkat debanyak 2 peratus. Hasilnya, ramai anak muda yang berpenyakit seperti rosak saraf, otak, halusinasi sehingga menyebabkan kematian

via GIPHY

Tekanan darah tinggi

Tekanan darah tinggi yang dihadapi oleh milenial telah meningkat 16 peratus jika nak dibandingkan pada tahun 2014. Tekanan darah tinggi juga merupakan faktor risiko menyebabkan penyakit kardiovaskular seperti jantung atau strok.

Tekanan

Sebenarnya, tekanan jiwa yang berlaku dekat golongan milenial pun agak tinggi. Mereka cenderung untuk menjalani hidup yang kadangkala melebihi apa yang diri mereka mampu. Hasilnya, banyak yang kelelahan dan tekanan jiwa.

via GIPHY

Radang usus

Penyakit Crohn atau radang usus antara penyakit yang selalu dikaitkan dengan orang muda. Gaya hidup yang tidak sihat sebenarnya boleh menyumbang kepada usus dan masalah pencernaan. Sebabnya ramai kalangan kita yang tak berapa nak ambil berat tentang apa yang dimakan.

Ha, jadi macam mana? Takut tak baca senarai yang sis tulis ini? Lepas ini jangan lupa jaga keseimbangan hidup. Jangan rasa tertekan. Carilah kawan-kawan yang boleh memberikan kebahagiaan dan hiduplah bahagia.

Sumber: CNN

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my