Serious?!

Rupanya Steve Harvey salah sebut pemenang kostum terbaik Miss Universe 2019 sebab…

Oleh  | 

SEKALI lagi nama pengacara ini diperkatakan oleh warganet. Mana tidaknya, kesilapannya semasa mengumumkan pemenang kostum terbaik semasa pertandingan Miss Universe 2019 itu benar-benar mengelirukan.

Ketika mengumumkan pemenang bagi kostum terbaik, Steve menyebut Filipina sebagai pemenang. Padahal di sebelahnya ialah Shweta Sekhon iaitu wakil Malaysia yang menggayakan busana yang terinspirasi dari Baba Nyonya. Sekhton kemudian  menegur pengacara itu dengan berkata,

“Bukan Filipina, tetapi Malaysia,”

Macam mana boleh salah?

Steve kemudian merespon kenyataan Shwera bahawa dia sekadar membaca tulisan dekat prompter.

BACA:Dinobat Miss Universe 2019, Ini 4 perkara tentang Zozibini Tunzi!

Seteve sendiri pun agak tersinggung dengan kejadian itu dan menyatakan pihak penganjur sedang cuba memperbaikinya sama seperti kejadian pada tahun 2015 ketika pihak penganjur menyuruhnya mengumumkan nama yang salah.

Namun setakat ini tiada apa-apa kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh penganjur mengenai kesilapan pengumuman itu. Apapun, pakaian kostum negara kita memang cantik betul. Bagi kami rakyat Malaysia, Shweta Sekhon telah pun membanggakan kami semua. Terima kasih!

BACA: Pereka buka mulut kostum super yummy  Miss Universe sebenarnya dari

Untuk makluman, Miss South Africa iaitu  Zozibini Tunzi telah dinobatkan sebagai pemenang Miss Universe 2019.

Sumber: Kapan Lagi

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my