D-Life

Ayuh ubah warna dinding bilik kamu supaya tak stres!

Oleh  | 

SUDAH bosan dengan suasana bilik kamu yang sendu? Girls! inilah masanya untuk kamu ubah dekorasi  dalam bilik agar dapat memberikan semangat baharu. Jadi, apa kata kamu mulakan dengan memilih warna cat yang sesuai.

Warna dinding sememangnya boleh mempengaruhi mood kamu. Warna berbeza boleh memberikan emosi yang tertentu.  Contohnya kajian yang dilakukan Universiti Minnesota menunjukkan warna merah boleh meningkatkan tekanan kamu.

via GIPHY

Namun terdapat juga beberapa warna yang boleh memberikan kamu kelegaan dan menjadikan kamu lebih tenang.  Mari kami senaraikan apakah warna tersebut agar boleh membantu kamu mendapatkan bilik yang boom!

Kelabu lembut

FOTO: Wanista

Warna seperti ini akan memberikan kamu ketenangan  dan membantu kamu mengurangkan tekanan. Namun, kamu perlu bijak mengaplikasikannya mengikut saiz ruang tertentu. Sebagai contoh, jika saiz ruangan kamu sempit dan terhad, apa kata kamu gunakan warna kelabu yang lebih terang. Ia akan menjadikan bilik kamu kelihatan luas dan lebar berbanding biasa.

Merah jambu belacan

FOTO: Archzine.net

Warna merah jambu belacan yang lembut juga menjadi antara warna yang boleh menyeimbangkan energy selain memberikan kamu perasaan damai. Apabila kamu berbaring di ruang bewarna ini, kamu akan terasa seperti berada di oasis yang tenang.

Lavender

FOTO: Pinterest

Jika wangian lavender selalu digunakan untuk menenangkan kamu. Sama juga sifatnya dengan warna lavender. Namun, kamu juga boleh menggunakan kreativiti dengan menggabungkan warna ini dengan warna putih tanpa perlu mengecat keseluruhan ruangan dengan warna yang sama.

Biru

FOTO: Pinterest

Sejuknya mata memandang, begitulah perasaan setiap kali melihat dinding bewarna biru. Kalau mengikut kepada Feng Shui, warna biru dikatakan boleh menurunkan tekanan darah dan mengurangkan perasaan resah.  Maka, kamu disaran untuk mengecat warna dinding kamu dengan warna biru terutamanya pada ruang yang digunakan untuk bersantai.

Oleh itu, marilah ceriakan bilik kamu dan ajak kawan-kawan lepak pada hujung minggu ini!

Sumber: Merdeka.com

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my