Serious?!

Sah! Bella Hadid dan The Weeknd putus untuk kali kedua

Oleh  | 

SELEPAS setahun kembali bersama, akhirnya pasangan romantis Bella Hadid dan The Weeknd kembali membawa haluan masing-masing. Why? Kedua-dua selebriti ini merupakan pasangan kegemaran ramai kot.

Sebenarnya,jarak, kesibukan dan tidak sefahaman menjadi punca pasangan muda Hollywood ini memilih untuk mengakhiri hubungan mereka. Menurut sumber portal E!, mereka dikhabarkan tidak lagi tinggal bersama dan menjauhkan diri antara satu sama lain.

Image result for the weeknd bella hadid

Selain berpunca daripada faktor jarak, kesibukan Bella dan Abel (nama timangan The Weeknd) menjadi punca keretakan hubungan mereka. Bella sibuk dengan kerjayanya sebagai model manakala Abel pula sedang sibuk mempersiapkan album barunya.

Tidak hanya sebab itu sahaja, perselisihan faham dan perdebatan yang berlaku antara mereka juga menjadi punca perpisahan mereka. Mereka tidak lagi dilihat keluar bersama dan menghabiskan masa berdua di khalayak ramai.

Image result for the weeknd bella hadid

Perpisahan mereka yang sebelum ini juga berpunca daripada jarak dan kesibukan juga. Pada ketika itu mereka masih lagi berharap agar mereka masih lagi bersama. Namun akhirnya masing-masing membuat keputusan untuk membawa haluan yang berbeza.

Ketika ini masing-masing lebih memilih untuk memberi fokus kepada kerjaya masing-masing. Jodoh tak panjang pula mereka ni. Kedua-duanya selebriti kegemaran sis tau. Sedih!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my