Serious?!

Saham YG Entertainment jatuh mendadak, mujur ada BLACKPINK!

Oleh  | 

BANYAK betul kontroversi membabitkan artis di bawah syarikat rakaman terkenal YG Entertainment. Skandal itu secara tidak langsung telah membuatkan saham syarikat itu menjunam jatuh.

YG Entertainment telah rugi besar apabila mengalami penurunan saham sebanyak 14,10 peratus sehari iaitu bersamaan 100 juta USD pada 11 Mac yang lalu.

FOTO: Kompas

Namun, sejak cerita tentang Seungri menggegarkan dunia hiburan, saham syarikat rakaman bahkan jatuh lebih teruk iaitu sekitar 25 peratus sehari.

via GIPHY

Saham syarikat yang semakin menurun itu memang membimbangkan sehinggalah diselamatkan oleh kumpulan penyanyi wanita BLACKPINK!

Girl band yang terdiri daripada Lisa, Jennie, Rose, dan Jisoo itu telah membuat satu pengumuman untuk menghasilkan sebuah single terbaharu akhir bulan ini.

via GIPHY

Berita gembira itu tidak hanya terhenti setakat di situ. Sebaik sahaja pengambaran muzik video terbaharu BLACKPINK dijalankan, Jannie pula akan melancarkan album baharunya.

Sebaik sahaja berita itu diumumkan, saham YG Entertainment kembali meningkat sebanyak 2.1 peratus. Walaupun ia bukanlah angka yang besar namun setidaknya ia membawa satu perubahan besar kepada syarikat rakaman itu.

Terdahulu Jannie pernah  melancarkan sebuah single bertajuk SOLO dan mendapat kira-kira 244 juta tontonan di Youtube.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my