D-Life

Sahur dengan mi segera buat korang makin haus sebab…

Oleh  | 

KALAU dah namanya sahur, jarang kita nak gigih bangun awal pagi untuk masak beberapa jenis lauk macam makan malam.

Tambahan pula kalau kita duduk menyewa atau tinggal seorang diri. Jadi, selalunya orang akan cari apakah makanan yang paling mudah dimasak dan ditelan pada pukul 5 pagi. Tak lain dan tak bukan, mi segera la jawapannya. Cepat, sedap dan senang dibuat.

via GIPHY

Pakar gizi bernama Diana F.Suganda bagaimanapun tidak menyarankan orang ramai untuk makan mi segera sewaktu sahur kerana bahan yang terdapat di dalamnya seperti kandungan garam dan bahan pengawet yang tinggi akan membuatkan  korang semakin haus.

Bahan yang terhidrasi akan mengalami tanda-tanda seperti mulut kering, mengantuk, dan sakit kepala. Kita sepatutnya mengambil makanan dengan kandungan gizi yang cukup dan seimbang.

Dengan mi segera, korang sebenarnya hanya menikmati karbohidrat. Belum cukup khasiat lain seperti lemak, sayur-sayuran dan protein.

via GIPHY

Kita dinasihati untuk memperoleh diet yang seimbang contohnya seperti makan sesuatu yang mengandungi nutrisi tertentu seperti telur dan sayur sawi.

Bukan itu sahaja, lepas dah sahur dan makan makanan yang kenyang. Jangan pula tidur selepas makan. Berikan tempoh masa satu jam selepas makan kalau korang nak tidur tak kiralah sama ada posisi baring atau duduk.

Kalau korang degil juga, bersedialah untuk ada perut yang buncit. Hiks!

Sumber: CNN

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my