D-Life

Sakit belakang ‘time’ bangun pagi? ini ‘posture’ tidur dicadangkan pakar

Oleh  | 

PERNAH tak korang bangun pagi lepas tu belakang badan korang bukan main sakitnya? rasanya benda ni pernah dihadapi oleh kebanyakan daripada kita. Posture tidur yang salah adalah faktor besar yang boleh memberi tekanan kepada bahagian leher, bahu, punggung, lutut dan kaki menyebabkan sakit di bahagian belakang badan.

Tapi kalau korang tahu posture tidur yang betul, ia boleh membantu tubuh badan korang berehat dan membantu mengurangkan stres dan memberi keseimbangan kepada tubuh badan korang. Jadi, ini adalah beberapa posisi tidur yang dicadangkan untuk mengurangkan sakit belakang korang.

via GIPHY

Supine position (Terlentang)

Ia adalah posisi terbaik yang dicadangkan doktor untuk korang ketika tidur. Berbaring dalam keadaan terlentang akan membantu tubuh badan korang untuk meminimumkan tekanan selain memberi kedudukan terbaik di bahagian kepala, leher dan tulang belakang.

Kalau nak dapatkan hasil yang lebih baik, apa kata korang letakkan bantal kecil di bawah lutut. Sewaktu tidur, korang boleh letakkan tangan korang di posisi sisi, dada dan di dahi.

Lateral Position (Mengiring)

Tidur mengiring juga baik sebenarnya untuk menyokong kedudukan tulang belakang korang. Korang digalakkan untuk tidur sambil mengiring ke kanan supaya tidak memberi tekanan kepada paru-paru korang.

Tarik kaki korang sedikit ke bahagian dada dan letakkan bantal di antara lutut korang untuk memberi keselesaan maksimum. Sesiapa yang selalu sakit leher, boleh try position ni.

Prone Position (Meniarap)

Korang tidak digalakkan tidur meniarap kerana ia berpotensi menyebabkan kesakitan pada bahagian leher dan bahu korang. Namun, ini merupakan posisi terbaik untuk tidur kepada mereka yang menghidapi penyakit seperti herniated disc atau degenerative disc disease dengan meletakkan bantal nipis di perut korang dan bantal rata di kepala korang.

Walaupun korang dah tidur dengan posisi seperti yang kita bincang dekat atas ni, tapi ia sangat normal untuk korang bergerak dan ubah posisi korang waktu tidur. Tidur dalam kedudukan yang sama sepanjang malam juga boleh buat badan korang sakit.

Bukan itu sahaja, kalau nak elakkan badan sakit, korang pun kena berlatih untuk duduk dan berdiri dengan posture yang betul supaya tak sakit badan bila menjelang malam.

Okey, selamat tidur semua!

Sumber: The Doktor

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my