Serious?!

“Sakit kena tanggung sendiri,” Netizen beri kata-kata positif untuk Zarina Zainuddin

Oleh  | 

TULAR di laman sosial baru-baru ini sebuah video yang dimuat naik oleh Zarina Zainuddin sedang merakam anaknya memukul dirinya sendiri di dalam kereta. Menerusi video itu juga, Zarina meminta anaknya berhenti memukul dirinya sendiri dan bersabar.

Video ini mendapat lebih daripada 1 juta tontonan dan lebih 24 ribu komen di Instagram. Zarina juga meluah perasaan menerusi caption nya

“Sakit kena tanggung sendiri..
Sakit bahu saya 3 kali kena hentak ..sabar la azil masa ibu ada ni ibu ikutkan jer lah esok kalau ibu dah takde..mudah mudahan azil pandai jaga diri..”

 

Sakit kena tanggung sendiri.. Sakit bahu saya 3 kali kena hentak ..sabar la azil masa ibu ada ni ibu ikutkan jer lah esok oalau ibu dah takde..mudah mudahan azil pandai jaga diri..

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_) on

Mohamad Razil Azrai, 23 atau Azil merupakan seorang pesakit Autisme dan mempunyai kembar  Mohamad Razal Azrai, 23 . Menurut Zarina, Mereka disahkan menghidap autisme sejak lahir lagi. Team Dhia salute dengan ketabahan Zarina membesarkan anak-anak istimewanya dengan penuh sabar. Bukan mudah hendak menjaga kembar autisme lebih-lebih lagi apabila mereka sudah meningkat dewasa.

FOTO: Instagram Zarina Zainuddin

 

FOTO: Zarina Zainuddin

 

Menerusi ruang komen, ramai netizen memberi kata-kata positif kepada Zarina supaya tabah menghadapi cabaran membesarkan anak-anaknya.

FOTO: Instagram Zarina Zainuddin

 

FOTO: Instagram Zarina Zainuddin

 

 

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my