D-Life

Salah ke aku pilih untuk jadi homoseksual?

Oleh  | 

‘RASA’ ini memang wujud sejak aku berada di bangku sekolah lagi. Namun aku cuba nafikan perasaan ini lebih-lebih lagi benda seperti ini merupakan perkara yang tabu di mata masyarakat. Iye lah, perasaan yang sepatutnya aku rasakan kepada wanita lama-lama jadi hilang dan beralih kepada kaum sejenisku. Memang padan lah mendapat tentangan daripada manusia yang waras.

Aku cuba hidup seperti biasa dan bergaul dengan orang biasa namun makin lama aku sedar yang aku lebih cenderung untuk berkawan dengan perempuan. Pada waktu itu aku bersahabat baik dengan sepupu perempuanku. Aku merupakan pelajar sekolah agama dan pada suatu hari ketika aku hendak mengambil UPSR, aku bertanya kepada bapaku untuk berpindah sekolah aliran biasa namun jawapannya sudah dapat aku jangka. Bapa mendesakku untuk meneruskan aliran agama dan berharap agar aku menjadi seorang Ustaz.

Segalanya berubah apabila aku berada di tingkatan 4. Kedua ibu bapa ku bercerai dan aku rasa semua harapan dan cita-citaku musnah apabila aku tidak dapat menghubungi mereka lagi. Ibu dan bapaku menghilangkan diri dalam tempoh yang lama. Aku terpaksa berhenti sekolah untuk menjaga adik-adikku sehingga pada suatu hari ibuku pulang semula ke rumah dan membuat pengakuan yang dia sedang mengalami depressi dan ingin membunuh diri.

Bertahun-tahun lamanya aku terpaksa melupakan cita-citaku untuk menjadi seorang doktor hanya untuk memastikan keluargaku mendapat kehidupan yang baik. Lebih-lebih lagi aku merupakan seorang lelaki dan aku perlu menggalas tanggungjawab yang bapaku telah tinggalkan.

Pada suatu hari sekitar tahun 2009, aku telah berkenalan dengan sorang ‘abang’ di sebuah laman web homoseksual. Abang banyak membantuku dari segi kewangan dan kata-kata nasihat supaya aku meneruskan kehidupan. Lama-kelamaan perasaan sayang kepada abang telah terbit dengan sendirinya. Cara layanan abang terhadap aku membuatkan aku rasa dihargai dan disayangi. Perasaan seperti ini sudah lama tidak aku rasakan daripada orang-orang sekelilingku.

Disinilah bermulanya kisah hidupku sebagai seorang homoseksual. Aku boleh simpulkan kecenderungan aku untuk menjadi seperti seperti ini adalah bermula daripada keretakan keluargaku sendiri. Aku benar-benar perlukan perhatian dan kasih sayang. Aku bersyukur tuhan mempertemukan aku dengan abang.

Ikuti kisah aku selanjutnya di podcast Ais Kacang. Banyak persoalan tentang diri yang perlu aku rungkaikan kepada semua. Salah ke aku pilih untuk menjadi seorang homoseksual?

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my