DhiaLova

Salah ke saya jatuh cinta dengan kekasih kawan baik sendiri?

Oleh  | 

CINTA ni bukan kita boleh pilih nak suka dekat siapa. Kadang dia datang sendiri walaupun kita bukanlah jenis menggatal. Persahabatan pula adalah perhubungan yang sangat murni menunjukkan bagaimana sekumpulan orang yang bukan datang dari rahim yang sama boleh saling memahami berkongsi detik sukar dan bahagia. Bagaimana pula kalau kita terjatuh cinta dengan kekasih kawan baik sendiri?

Semestinya kita akan sangat bersedih hati jika kehilangan sahabat hanya untuk seorang lelaki. Namun, adakah kita cukup kuat untuk kehilangan seorang lelaki yang kita cintai untuk bersama dengan kawan baik kita. Rumit, kan? Ini adalah beberapa sebab yang boleh difikirkan bagaimana kita boleh suka kekasih kawan baik sendiri.

via GIPHY

Dia mengingatkan pada seseorang

Tak semua orang boleh move on dari cintanya sebelum ini. Mungkin kekasih kawan baik korang itu mempunyai ciri-ciri lelaki yang banyak mengingatkan korang kepada bekas kekasih sendiri. Tak kisah kalaupun tak sama paras wajah, mungkin sama dari segi layanan, berkongsi lawak yang sama atau berkongsi habit yang sama.

Macam apa yang korang nak

Entah macam mana kekasih kawan baik korang tu memang macam ciri lelaki yang korang nak. Jadi, logiklah kalau korang senang cair. Mesti korang terfikir “Apa kata cuba je bercinta dengan dia ni, mana tahu he is the one?”

via GIPHY

Kita banyak lalui benda yang sama

Apa yang korang dan kawna baik korang lalui selalunya adalah perkara yang sama. Masalah belajar, masalah kawan, masalah dekat tempat kerja semuanya lebih kurang sahaja. Maklumlah korang kan BFF. Melihat kepada layanan kekasih kawan baik korang terhadap kawan korang tu menyebabkan korang teringin nak dapat layanan yang sama.

Dah selesa

Tempoh masa korang akan selalu bertemu memang sangat kerap. Mestilah korang akan lepak sekali dan korang pun akan menjadi sangat selesa dengannya. Korang dah tak kisah nak kentut ke, nak jujur ke dengan dia sebab dah biasa. Ha, perasaan selesa itulah yang bakal membawa kepada perasaan yang lain.

via GIPHY

Dia prihatin

Boyfriend korang pun bukanlah jenis prihatin. Oleh sebab korang pun dah selesa dengan kekasih kawan baik korang, radar korang pun akan mencari dia bila ada masalah. Oleh sebab korang dah selesa dan rapat, korang tak sedar yang sebenarnya korang banyak berbual berdua kerana dia juga turut ambil kisah dengan hidup korang.

Inilah antara sebab yang sis boleh fikirkan. Tapi menurut sis, fikirlah balik semua adakah berbaloi untuk melepaskan sebuah persahabatan kerana cinta? Paling penting, bila dia sudah menjadi kekasih kita, betul ke dia tak akan beralih hati kepada orang lain juga seperti mana yang dia lakukan kepada kawan kita semata-mata untuk bercinta dengan kita?

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my