Serious?!

Salahkan perempuan bila lelaki tengok porno, kakak ‘Lingerie’ mohon maaf

Oleh  | 

BARU-baru ini, kecoh apabila warganet menyelar seorang usahawan yang membuat kenyataan bahawa perempuan harus dipersalahkan jika lelaki menonton aksi porno atau merogol.

Kenyataan tersebut dikeluarkan seorang usahawan yang dikenali sebagai Bonda Umirah Taib melalui sebuah video berdurasi kira-kira seminit itu bagaimanapun telah menjadi bahan perbincangan hangat netizen.

Berikutan penularan video tersebut, Umirah yang juga usahawan baju dalam mengakui terkesan dengan kecaman yang dilontarkan netizen. Usahawan tersebut akhirnya membuat kenyataan maaf menerusi akaun rasmi twitternya dan menjelaskan maksud video berkenaan.

Umirah menjelaskan bahawa ia tidak bermaksud untuk menyokong tindakan mana-mana lelaki untuk merogol atau menonton video lucah. Tapi hanya sekadar mengingatkan bahawa isteri juga mempunyai peranan untuk mengelakkan terjadinya perkara ini.

Usahawan itu juga meminta agar netizen tidak menghukum dirinya berdasarkan kepada potongan video yang tidak lengkap itu. Dia juga mengakui bahawa isu ini telah membuatnya hilang keyakinan untuk membantu pasangan suami isteri di luar sana.

Umirah bagaimanapun memohon agar kesilapannya tidak dikaitkan dengan agama. Dia juga memohon maaf atas kekeliruan daripada penularan video tersebut.

Apapun, hati-hati dalam memberi pendapat. Tak salah nak luahkan pandangan masing-masing asalkan pandangan korang tu menjaga sensitiviti. Semua orang pernah buat silap so tak salah kan kalau kita jadi seorang yang pemaaf?

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my