Serious?!

Sanggup membunuh akibat obses dengan ‘Slenderman’

Oleh  | 

HELLO girls! Hari ini sis nak kongsikan dekat korang tentang kisah dua orang kanak-kanak yang sanggup menikam bestfriend  sendiri! Ini lah bahayanya pengaruh internet yang melibatkan pembacaan atau filem seram dan ganas.

Dunia internet ini sebenarnya tidak sesuai pada kanak-kanak pun sebenarnya. Bukan sebab apa, kalau tanpa pengawasan orang dewasa yang matang, pengaruh sebegini tidak akan mudah berlaku pada kanak-kanak.

Siapa sangka hanya dengan membaca sebuah kisah tentang Slenderman, dua kanak-kanak perempuan sanggup merancang dan mencuba untuk membunuh rakan baik mereka sendiri!

Foto:www.oxygen.com (Dari kiri Morgan, Anissa)

Bagi korang yang tak tahu, Slenderman merupakan satu karakter yang dicipta oleh Eric Knudsen pada tahun 2009. Karakter fiksyen ini mengenai satu watak fantasi yang seram dimana lelaki ini akan menghendap, menculik dan menyiksa kanak-kanak. Karakter ini dikira sebagai urban legend yang dipopularkan di dunia internet creepypasta dimana platform ini menceritakan pelbagai kisah seram.

Dua kanak-kanak perempuan ini yang bernama Anissa dan Morgan yang berumur 12 tahun yang menjadi obses dengan Slenderman dimana mereka mempercayai jika ingin  menyelamatkan keluarga mereka. Anissa dan Morgan perlu membunuh seseorang.

Anissa dan Morgan percaya bahawa Slenderman berada di dalam Hutan  Simpan Nicolet di Northwoods, Wisconsin. Mereka merancang untuk menikam leher Payton di sebuah tandas awam namun akhirnya insiden itu berlaku di  dalam hutam dimana ketika mereka bermain hide and seek.

Foto:s.abcnews.com

Akhirnya, Anissa menyuruh Morgan menikam rakan baik mereka, Payton walaupun dalam keadaan teragak-agak. Morgan seperti individu yang tidak waras, mula menikam Payton bertubi-tubi sebanyak 19 kali.

Payton ditinggalkan dalam keadaan parah di dalam hutan. Namun, itu bukan lah saat terakhir hidupnya. Payton mengagahkan diri dengan merangkak ke jalan raya sebelum ditemui oleh orang awam dan dibawa ke hospital untuk rawatan.

Foto:s.abcnews.com  (Anissa)

Anissa dan Morgan ditahan oleh pihak polis 4 jam kemudian. Morgan dilihat seperti tidak mempuonyai rasa bersalah atas apa yang sudah dilakukandan kedua-duanya disabitkan kesalahan sebagai orang dewasa  dimana keduanya dijatuhi hukuman penjara selama 65 tahun. Setelah Anissa mengaku atas cubaan membunuh, dia wajib menjalani rawatan mental selama 25 tahun dan Morgan pula harus menjalani rawatan mental selama 40 tahun.

Daripada kisah ini, sis nasihatkan pada korang untuk sentiasa awasi adik-adik, anak buah  korang ke yang duk sibuk nak layan dunia internet tu okay?

Sumber:Thepatriots.asia

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my