Serious?!

Sarah Suhairi bongkar rahsia di sebalik lagu barunya Rise and Fall

Oleh  | 

SEBUT sahaja nama Sarah Suhairi, rata-rata sudah mengenali penyanyi yang bakatnya mula dicungkil selepas memenangi sebuah rancangan  pencarian bakat nyanyian tahun lalu. Tidak berhenti di situ, remaja berumur 19 tahun itu semakin bersinar apabila lagu nyanyiannya mula menjadi siulan dan ikutan anak muda.

Selepas lagu Pedih dan Nyawa dan Raga berjaya mencatatkan rekod yang baik di laman Youtube dan carta radio, kini artis rakaman Rusa Music itu hadir dengan ole-ole terbaharunya iaitu lagu Rise and Fall.

Bagai pucuk dicita ulam mendatang, Sarah tidak dapat menyelindungkan rasa terharu dan gembiranya menyanyikan lagu ciptaan Faizal Tahir. Bukan itu sahaja, apa yang lebih mengujakan ialah lagu Rise and Fall itu juga seperti menceritakan perjalanan Sarah Suhairi sebagai anak seni.

“Memang tak pernah rancang akan keluarkan single dalam tempoh masa ini. Tapi tiba-tiba Faizal Tahir memaklumkan yang beliau ada buat lagu untuk saya. Memang saya tak akan tolak.

Lepas dengar, saya rasa macam sangat kena dengan lagu itu. Ia seolah-olah menceritakan perjalanan Sarah sebelum jadi penyanyi sampai bergelar anak seni seperti hari ini. Ia betul-betul dekat dengan diri saya,”

Sarah yang ditemui baru-baru ini bagaimanapun menceritakan Rise and Fall seolah-olah memiliki aura lagu Gemuruh Jiwa yang dinyanyikan Faizal sebelum ini.

“Rise and Fall adalah sebuah lagu yang sangat memberi motivasi dan menaikkan semangat. Macam lagu Gemuruh jiwa tapi versi perempuan,” katanya.

Demi mengejar impiannya sebagai seorang penyanyi, Sarah pernah membuat keputusan terbesar dalam hidupnya iaitu menolak untuk belajar di insitusi pengajian tinggi dan mula fokus di dalam kerjayanya sebagai seorang penyanyi.

Lagu Rise and Fall kini sudah berada di Youtube dan mendapat kira-kira 200,000 tontonan sejak ia mula dimuat naik. Dengan hanya melihat video muzik lagu ini, korang akan dapat memahami perjalanan Sarah sebagai seorang penyanyi muda.

Setiap orang pasti pernah melalui fasa jatuh dan bangun untuk mengejar cita-cita. Tapi, apa yang pasti ialah kita tidak boleh mengalah dan mengumpul kekuatan untuk bangkit memperjuangkan cita-cita. Team Dhia nak ucapkan semoga berjaya kepada Sarah sepanjang kerjayanya untuk masa mendatang!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my