Serious?!

Saranan Najib Razak untuk memberikan ujian saringan percuma

Oleh  | 

SETIAP hari, kita pasti akan kedengaran berita baru tidak kira la dalam Malaysia mahupun Luar Negara menagenai COVID-19. Setiap negara mempunyai cara dan pendekatan yang berbeza bagi menagani penularan wabak ini.

Seperti kita tahu di Wuhan, mereka melaksanakan perintah berkurung dan kini Malaysia sedang melaksanakan perintah kawalan pergerakan selama 14 hari bermula 18 Mac sehingga 31 Mac 2020.

Sumber: Harian Metro

Dalam perkongsian Najib Razak di Faceboooknya, Korea Selatan mengambil pendekatan yang berbeza dari negara-negara lain. Meraka mengambil langkah memberi saringan secara percuma kepada sesiapa sahaja yang mahu diuji. Kini, Korea Selatan berjaya mengawal kenaikan kes Covid tanpa melaksanakan perintah berkurung atau kawalan pergerakan yang ketat.

Najib Razak berpendapat, saringan percuma secara besar-besaran patut dijadikan prioriti utama di Malaysia. Menurut beliau kos untuk memberi saringan percuma kepada sesiapa yang mahu diuji memberi pulangan jauh lebih besar berbanding langkah-langkah lain yang diambil oleh kerajaan dan ini antara langkah paling efektif untuk melawan Covid.

Sumber: Kompas

Mungkin ada dikalangan kita yang tidak mampu untuk membuat ujian saringan kerana harga untuk seorang adalah RM700.

Ini pula merupakan saranan Najib Razak:

1. Terus berusaha untuk mengurangkan kos saringan serta masa untuk membuat setiap saringan.

2. Meningkatkan kapasiti untuk membuat saringan dan memudahkan cara Rakyat mendapat saringan.

3. Berpakat dengan rangkaian syarikat perubatan swasta untuk bersama-sama memberi saringan percuma tanpa syarat kepada setiap orang di Malaysia (termasuk orang asing tanpa kira mereka ada permit atau tak ada permit) yang ingin diuji sebab mereka percaya mereka mungkin terdedah kepada risiko Covid.

4. Memberi jaminan bahawa sesiapa yang dikehendaki kuarantin diri secara mandatori di rumah sendiri atau di pusat kuarantin kerajaan selepas diuji akan dibantu dari segi kewangan dan bekalan makanan serta barangan keperluan dalam tempoh kuarantin.

5. Sesiapa yang melanggar tempoh kuarantin ini akan dipenjarakan.

Ini Innovasi Korea Selatan untuk membuat proses saringan Covid.

Sumber Video: South China Morning Press

Sumber: Astro Awani

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my