D-Life

Saving itu penting, nah 5 cara mudah untuk hidup berjimat cermat

Oleh  | 

AMALAN menabung merupakan satu amalan yang amat penting bagi setiap individu sebenarnya. Banyak reason kenapa menabung itu amalan yang penting. Bila dah gaji, kita kena beringat untuk perkara-perkara yang lebih penting dalam menguruskan hidup.

Nak shopping atau spend untuk vacation tak ada masalah, tapi korang kena pandai menyimpan juga. What if tiba-tiba kereta korang buat hal atau tiba-tiba kena beli ubat? masa ni lah pentingnya duit emergency!

Bila mention emergency, macam-macam perkara unexpected boleh jadi. Jadi, untuk memastikan hidup korang terkawal, ada baiknya untuk korang amalkan tips simpan duit ni.

Berbelanja secara jimat!

Kalau korang ada benda yang korang terfikir atau target untuk beli, wajibkan diri korang untuk tangguh selama satu hari dulu. Tips ini bertujuan untuk tengok benda yang korang nak tu satu keperluan atau kehendak. Kalau lepas satu hari tu korang masih lagi perlukan, then yes, beli. Jika tidak, cancel terus.

Elak hutang

Tips ni akan membuatkan korang jimat untuk saving banyak sebenarnya. Amalkan konsep duit untuk diri sendiri dan bukan dompet orang lain.

Displin dalam mengurus kewangan

Setiap individu memang perlukan duit dalam menjalani kehidupan masing-masing. Tips yang korang boleh apply adalah, amalkan 50% belanja, 30% investment dan 20% simpanan. Wajibkan simpanan dan jangan usik langsung melainkan emergency!

Jana pelaburan

Pelaburan ni penting sebenarnya. Korang haruskan diri untuk naikkan pendapatan. Jangan sibuk untuk cuba nampak kaya tapi beg duit keluar rama-rama.

Kawal keinginan untuk berbelanja

Mengawal diri daripada nafsu merupakan perkara wajib. Jadikan kawal diri daripada keinginan untuk berbelanja satu perkara yang wajib Ubah mindset korang daripada sifat yang suka berbelanja tu. Korang akan berterima kasih pada diri sendiri nanti.

Sis harap tips yang sis kongsikan dekat bermanfaat untuk korang amalkan okay?

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my