Inspirasi Dhia

“Saya bangun di suatu pagi dan rasa putus asa,” tangani depresi, Deepika Padukone rangkul Anugerah Kristal

Oleh  | 

JIKA sebelum ini Datuk Shah Rukh Khan pernah dianggar sebegai penerima Anugerah Kristal di Persidangan Ekonomi Sedunia (WEF), kini seorang lagi pelakon Bollywood iaitu Deepika Padukone nampaknya menerima anugerah berprestij itu tahun ini. Anugerah itu diberikan kepadanya atas usahanya meningkatkan kesedaran terhadap depresi dan penyakit melibatkan mental.

“Saya amat bertuah menerima anugerah ini. Pada masa yang sama, dunia telah hilang satu nyawa akibat bunuh diri. Setiap 40 saat, seseorang akan bunuh diri di mana-mana di dunia akibat depresi dan kecelaruan keresahan. Sebanyak satu trillion dollar adalah impak yang dianggarkan jika seseorang mati akibat bunuh diri,” katanya dalam malam anugerah itu.

Pada tahun 2015, Deepika Padukone bercakap tentang penyakit yang dihadapinya secara terbuka. Deepika bangun setiap hari dan berasa sangat penat.

“Adakalanya saya berasa untuk putus asa. Saya bertemu pakar dan disahkan mengahadapi depresi dan kecelaruan. Saya berasa takut dengan apa yang berlaku di masa depan,”

Tidak terhenti di situ, Deepika menubuhkan sebuah yayasan yang dipanggil The Live, Love, Laugh yang membawa kepada perubahan tentang penyakit mental dalam kalangan masyarakat India.

“Dari pengalaman saya, penerimaan adalah langkah pertama untuk pemulihan. Saya mula menyedari masyarakat mempunyai stigma dan kurang kesedaran berkaitan penyakit mental. Jadi perlu untuk saya menyelamatkan sekurang-kurangnya satu nyawa

Ia memberi motivasi kepada saya untuk bercakap tentang perkara ini dan menubuhkan yayasan Live, Love, Laugh Foundation. Penubuhan yayasan itu mencrminkan falsafah hidup saya,“katanya lagi.

Anugerah ini diberikan sebagai penghargaan di atas kejayaan artis dan individu berpengaruh  yang menjadi ikon kepada semua pemimpin masyarakat.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my