Dhiaventure

“Saya dengar ada orang terjun dalam kolam, tapi air tak berkocak pun”- Ikhwan Kongsi kejadian misteri di Muar

Oleh  | 

Paranormal

MASIH lagi bercerita tentang kisah misteri yang berlaku sepanjang pengambaraan Seekers.

Syai kali ini tidak berseorangan di studio, dia ditemani seorang tetamu iaitu Ikhwan yang juga pernah menjadi sukarelawan untuk program paranormal itu beberapa tahun lalu.

Kali ini, mereka akan kongsikan kejadian aneh dan pelik di sebuah kolam renang dekat Bandar Muar.

Mengikut cerita orang di sana, kolam itu ditutup sejak tahun 80-an setelah menerima banyak aduan kejadian mistik berlaku di sana.

“Saya diberi kesempatan untuk duduk di dalam bilik persalinan bersama Azira. Waktu itu, saya diberi alat untuk mendengar dan Azira diberi kamera. Kami duduk tidak berjauhan.

“Azira tak merakam apa-apa, cuma dia berdiri  setempat dan rasa sangat panas. Lepas tu dia jalan berjengket-jengket sampai ke tempat saya.Waktu itu pihak produksi arahkan saya  ambil kamera di tangan Azira mereka bawa Azira dia keluar.” cerita Ikhwan.

Selepas itu, Ikhwan ditinggalkan berseorangan di dalam bilik tersebut berbekalkan alat walkie Talkie. Selang beberapa minit selepas itu, dia terdengar suara dan bunyi seperti ada orang sedang bermandi-manda serta terjun ke dalam kolam berkenaan.

Namun, untuk tidak terlalu memikirkan perkara yang bukan-bukan, Ikhwan beranggapan mungkin ada biawak yang sedang terjun ke dalam kolam.

Syai mendedahkan cerita lain yang berlaku semasa peristiwa itu terjadi. Syai pada masa itu sedang berada betul-betul di tepi kolam bersama salah seorang team Seekers yang lain iaitu Azimah. Mereka turut terdengar bunyi percikkan air seperti ada orang mandi. Namun setelah diperhatikan betul-betul, air kolam itu tidak berkocak sedikit pun.

Selepas menjalankan penggambaran. Ikhwan merasakan semua orang mempunyai perasaan takut. Namun, setiap daripada kita perlulah mencari keberanian untuk melawan rasa takut itu.

“Jangan cakap besar. Takut bila sekali ‘Dia’ bagi kita tengok, ‘Dia’ bagi betul-betul sampai kita tak boleh lupa”. Ujarnya menamatkan cerita.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my