Serious?!

“Saya khianati cinta,” Lelaki ini menyesal terlanjur dengan gadis bawah umur

Oleh  | 

“Saya khianati cinta, terlanjur dengan gadis bawah umur,”

LELAKI yang bernama Ali, 52 tahun membuka cerita yang terjadi 15 tahun lalu. Peristiwa itu kemudian mengubah laluan hidupnya apabila bergelar sebagai banduan. Semuanya bermula apabila Ali  menjalinkan hubungan cinta dengan seorang gadis berumur 17 tahun.

Gadis itu memang rapat dengan keluarganya. Maklumlah mereka dah kenal sejak gadis itu kecil dan dah anggap macam keluarga sendiri.

“Tidak pernah terdetik untuk bercinta dengan gadis itu maklumlah dia sebaya dengan adik kandung sendiri, namun cinta dan sayang hadir tanpa diduga menyebabkan kami bercinta tanpa pengetahuan keluarga.

“Selepas gadis itu tamat persekolahan, dia pernah sekali datang ke rumah saya ketika ketiadaan keluarga seterusnya berlaku perbuatan yang tidak sepatutnya antara kami,” kata Ali yang berusia 38 tahun sewaktu kejadian itu berlaku.

Akibat terlanjur, dia ingin bertanggungjawab dengan apa yang dilakukan. Dia ingin memperisterikan gadis itu. Namun hubungan itu ditentang oleh keluarga gadis itu.

Ali kemudian menyuruh gadis itu berterus terang dengan keluarganya bahawa mereka sama-sama pernah terlanjur dengan harapan perkahwinan mereka akan disegerakan.

Namun, hal sebaliknya yang berlaku apabila keluarga gadis itu mengamuk dan membuat laporan polis mendakwa Ali telah merogol anaknya.

“Saya akhirnya dituduh dan ditangkap polis kerana kesalahan merogol gadis bawah umur.

“Selepas dibicarakan, saya disabitkan bersalah kerana merogol gadis bawah umur seterusnya dijatuhi hukuman

“Saya akui kesilapan saya dan sepatutnya saya menjaga gadis itu sebaik mungkin tetapi kerana nafsu, saya tertewas juga.” katanya.

Ali menjalani hukuman penjara 30 tahun selepas di dapati bersalah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol gadis bawah umur. Ali bagaimanapun tidak sabar untuk keluar dan pulang ke pangkuan keluarga.

Ali juga menasihati orang ramai agar tidak terjebak dengan cinta gadis bawah umur, apalagi bercinta.

Sumber: Harian Metro

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my