Inspirasi Dhia

“Saya menyesal…” Ini yang perlu kamu lakukan untuk bangkit

Oleh  | 

KITA semua ada masa lalu yang cuba kita sembunyikan. Ada peristiwa yang kamu tak sengaja lakukan sewaktu dulu dan apabila mengenang kembali peristiwa itu membuat kamu menyesal.

Tak kisahlah sama ada ia sesuatu yang kecil atau besar,tapi penyesalan boleh hadir dalam pelbagai cara.

Waktu akan bergerak, jadi apa yang penting ialah bagaimana untuk kamu melangkah ke hadapan dan meningggalkan masa lampau yang menyakitkan?

Menerima hakikat masa lalu sudah dibelakang kamu

via GIPHY

Perkara pertama yang perlu kamu sedari ialah segala peristiwa yang membuat kamu menyesal telah pun terjadi. Kamu tidak boleh berharap untuk kembali ke masa lampau dan mengubah apa yang terjadi. Kamu harus belajar  dari masa lalu untuk lebih menghargai hidup kamu masa kini.

Jangan terperangkap dalam ingatan

via GIPHY

Antara perkara utama yang menyebabkan seseorang sukar melepaskan dirinya dari penyesalan ialah mereka selalu berharap boleh mengubah masa lalu. Kamu harus selalu mengingatkan diri kamu sendiri bahawa terperangkap dalam ingatan masa lalu tidak akan membantu.

“Saya tidak boleh mengubahnya. Saya tidak akan kemana-mana jika terus memikirkannya”

Lakukan sesuatu untuk mengisi waktu kamu

Antara risiko yang akan kamu hadapi jika asyik memikirkan masa lalu ialah mental kamu akan menjadi penat. Ini kerana kamu akan terperangkap dalam kitaran negatif. Jika semakin teruk, kamu mungkin menghadapi risiko depresi. Untuk membuatkan kamu mengurangi fikiran negatif, apa kata kamu isi masa kamu dengan perkara yang berfaedah.

Cari seseorang untuk kamu luahkan perasaan

via GIPHY

Carilah mereka yang kamu percayai untuk bercakap tentang perkara ini. Ia boleh jadi seorang sahabat atau mereka yang professional untuk kamu dapatkan bantuan. Mereka akan membantu kamu  dan menenangkan perasaan kamu. Jangan terus menyiksa diri kamu. Berilah ruang untuk diri kamu bahagia.

Masa-masa luka memang selalu ada. Tapi jangan biarkan ia menghapus masa-masa yang kamu layak untuk bahagia. Ok, chin up girl!

Sumber: Thehuffington

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my