Serious?!

“Saya okay saja kalau pelakon tak ada rupa, tapi masyarakat?” – Pengarah

Oleh  | 

PERNAH hebah diperkatakan dahulu isu tentang pelakon yang akan menyandang watak utama di mana-mana drama mestilah mempunyai rupa paras yang ‘helok’ dipandang.

Dengan itu, barulah sesuatu drama atau filem akan laris seperti pisang goreng panas dan mendapat rating tinggi kerana digilai penonton.

Pengarah ‎Shahrulezad Mohameddin bagaimanapun tidak menidakkan perkara itu. Bakat dan rupa paras harus datang seiringan.

FOTO: Instagram Drama Sangat

“Kalau kamu tanya kepada saya antara bakat dan muka saya pilih yang mana. Sebenarnya saya tak ada masalah dengan wajah yang biasa tapi berbakat.

Tapi, masyarakat kita yang akan tengok siapa hero dan heroin yang membintangi sesebuah drama. Realitinya, masyarakat kita memang memandang rupa. Kita tak boleh buat apa.” katanya ketika ditemui semasa bengkel Drama Festival Kuala Lumpur 2019.

Menurutnya lagi, disebabkan itulah watak-watak sampingan dicipta bagi memberi ruang kepada mereka yang berbakat tapi memiliki rupa paras yang biasa turut membintangi drama arahannya.

FOTO: Instagram Drama Sangat

Berpengalaman dalam dunia lakon layar, Shahrulezad sempat memberi nasihat dan tips kepada anak muda yang ingin menceburkan diri dalam dunia lakonan.

Kehadiran media sosial sedikit sebanyak boleh membantu anak muda mencari ruang dan peluang menonjolkan bakat masing-masing.

Pengarah drama rantaian Nur itu turut mendedahkan akan menyemak akaun Instagram seseorang sebelum mengambilnya melakonkan mana-mana watak dalam drama yang diarahnya. Maka, seseorang boleh ‘menjenamakan dirinya’ melalui media sosial.

“Saya akan tengok Instagram  seseorang. Saya cadangkan kamu buatlah sketch video dan muat naik di laman Instagram kamu.

“Tapi, jangan berpura-pura. Sebab sebenarnya kalau kita berpura-pura, orang boleh tahu. Jadilah diri kamu sendiri dan kongsilah perkara-perkara yang seronok di akaun media sosial kamu,” katanya.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my