Serious?!

“Saya perempuan, bukan tempat gantung baju,”-Taylor Swift

Oleh  | 

MENJELANG usianya yang  memasuki 30 tahun, penyanyi popular Taylor Swift nampaknya dah mempunyai azam baru untuk meneruskan hidup pada usia yang mendatang.

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh pelantun lagu Lover tersebut ketika ditemubual oleh ketua editorial majalah Vogue, Edward Enninful baru-baru ini.

Taylor menceritakan semula perjalanannya sebagai seorang artis semasa mengisi masa-masa umur 20 an miliknya. Dia selalu rasa dirinya seperti berjalan ke beberapa kedai kostum untuk mencuba beberapa gaya dalam penampilannya.

FOTO: static

“Saya merasakan saya sangat hebat dengan apa yang saya ada,”katanya.

Dah memasuki umur 30 an ini, nampaknya penyanyi itu sangat yakin dan faham dengan apa yang diinginkannya. Dia tak kisah untuk menjalani hidup tanpa peduli dengan tanggapan negatif yang diterimanya.

FOTO: Wsj

Sekarang saya dah boleh bezakan manakah kata-kata toxic tentang badan saya. Saya seorang perempuan, bukannya tempat gantung baju,”

Taylor pun dah malas nak penuhi standard dunia tentang penampilan. Macam itulah yang Taylor cakap.

Betul juga, kadangkala kita terlalu dengar apa orang lain cakap pasal diri kita sampai kita abaikan kesihatan diri sendiri. Jadi lepas ni abaikan saja bak kata Taylor,  the haters gonna hate, hate, hate, hate, hate! gitu

via GIPHY

Sumber: Kompas

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my