Serious?!

“Saya tak nak langkah bendul,” Ruhainies beri laluan kepada Risteena kahwin dahulu

Oleh  | 

BERITA tentang seorang pelakon cantik molek Ruhainies bakal melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat semakin tular apabila dia memberi bayangan akan mengakhiri zaman bujangnya pada bila-bila masa sahaja. Lebih-lebih lagi apabila baru-baru ini dia dilamar oleh kekasihnya yang digelar sebagai Mr. E di Itali sewaktu sedang bercuti di sana.

Ruhainies, 27, atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas tidak menafikan hal ini namun tidak juga mengeyakan. Dia seolah berteka teki tentang rancangan perkahwinannya. Namun Ruhainies berharap agar kakaknya yang merupakan seorang pelakon juga, Nur Risteena berkahwin dahulu sebelum dirinya kerana dia tidak mahu melangkah bendul.

“Belum ada perancangan untuk mengakhiri zaman bujang dalam masa terdekat ini. Kalau pihak lelaki masuk meminang saya kahwinlah,”

“Kalau boleh saya ingin memberi laluan kepada kakak saya dahulu untuk menyelesaikan majlis perkahwinannya selepas itu baru saya rancang perkahwinan saya pula,” ujar gadis kecil molek ini ketika ditemui di Fashion Show Mek Kembang Cotton Raya pada 19 Mac lalu.

Ruhainies menambah lagi, untuk soal jodoh dia hanya berserah kepada tuhan dan hanya follow the flow kerana dia tidak mahu terburu-buru dalam membuat keputusan. Ruhainies ingin memastikan apa yang dirancangnya berjalan dengan lancar dan teratur.

Ruhainies baru sahaja selesai melakukan penggambaran travelog 13 episod di Indonesia. Selain itu, dia juga sedang mempromosikan drama 3 Gadis Manis (Nivea) pada ketika ini.

Apa-apa pun kita doakan yang baik-baik sahaja untuk Ruhainies dan Mr. E nya. Kalau ada jodoh tak ke mana kan? Tapi orang tua ada pesan kalau bercinta jangan lama-lama betul ke?

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my