Serious?!

“Saya tak nak tengok jalan semakin sepi,” Jackie Chan nak bagi 1 juta kepada pihak yang hasilkan penawar Koronavirus

Oleh  | 

WABAK Koronavirus semakin menggila apabila angka kematian meningkat sehingga 560 orang seperti yang dilaporkan pihak berkuasa wilayah Hubei. Bukan itu sahaja, terdapat 2 987 kes jangkitan terbaharu dilaporkan. Wuhan dan beberapa wilayah berdekatan, menjadi sebuah kota yang sunyi dan sepi sejak penularan wabak itu.

Demi merawat pesakit Koronavirus, beberapa doktor juga menemui ajal kerana bebanan kerja yang terlau berat. Jururawat juga keletihan menguruskan pesakit Koronavirus. Beberapa hospital khas didirikan untuk merawat pesakit ini dengan harapan korban angka kematian boleh dikurangkan.

BACA:KORONAVIRUS: Keadaan terkini bandar Wuhan, sunyi macam ;sarang zombie

Turut terkesan dengan keadaan itu ialah bintang aksi terkenal Hong Kong, Jackie Chan. Pelakon itu mengumumkan untuk memberi wang berjumlah 1 juta yuan kepada sesiapa yang berjaya menemukan penawar kepada wabak ini.

“Sains dan teknologi adalah kunci utama untuk mengekang gejala berkenaan. Saya percaya semua orang pun beranggapan begitu.

“Tidak kira mana-mana individu atau organisasi yang berjaya menghasilkan penawar koronavirus, saya mahu berterima kasih kepada mereka dengan jumlah 1 juta yuan.

“Ini bukan soal duit. Saya tidak mahu lagi melihat jalan-jalan yang semakin sepi dan rakan-rakan senegara saya berperang dengan virus itu sehingga ada yang sudah terkorban sedangkan mereka patut menikmati kehidupan,” katanya.

BACA:Hati-hati! Pakar kata kelawar buahc boleh bawa 6 virus

Chan berkongsi hasrat itu melalui akaun Weibonya selain meluahkan rasa prihatinnya ke atas krisis yang melanda China.

Sama-sama kita doakan agar penawar untuk wabak ini dapat ditemukan.

Sumber: Straitstimes

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my