Serious?!

“Saya tak pernah pun ‘condemn’ produk puan,” Dr Amalina perjelas salah faham di Twitter.

Oleh  | 

INI bukan pertama kali kenyataan daripada Dr Amalina Che Bakri menjadi viral. Baru-baru ini beliau sekali lagi terpalit dengan kontrovesi apabila dikatakan cuba mengeluarkan kenyataan yang boleh membuatkan perniagaan orang lain gulung tikar.

Baru-baru ini isteri kepada seorang pengasas produk kecantikkan dalam satu komen balas di Instagram menegur perbuatan doktor popular itu yang lantang memberikan komen terhadap lambakan produk kecantikan.

 

FOTO: Twitter Amalina

Terpanggil untuk memberikan kenyataan, Dr Amalina menjelaskan bahawa dia tidak bermaksud untuk condem mana-mana produk di pasaran. Apa yang dilakukan adalah berdasarkan kepada kajian dan tanggungjawabnya sebagai seorang doktor.

FOTO: Twitter Amalina

Ditanya mengapa baru hari ini Dr Amalina menyuarakan tentang isu ubat gigi arang, Amalina menjelaskan ini bukan pertama kali beliau menjelaskan isu seperti ini. Beliau pernah mengeluarkan kenyataan pada Julai tahun lalu namun kembali menjelaskannya apabila ditanya oleh pengikut di laman sosial baru-baru ini.

Beliau turut kesal dengan sikap rakyat Malaysia yang selalu menunding jari. Maka beliau menasihati semua untuk memperbanyakkan bacaan. Sebenarnya banyak pakar dan doktor yang pernah bercakap tentang isu ini namun tidak diviralkan.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my