DhiaLova

Sayang diri dahulu sebelum nak kembali kepada cinta lama

Oleh  | 

LUMRAH percintaan jika berlakunya perpisahan. Kadangkala disebabkan takut untuk berseorangan dan takut untuk menghadapi kesukaran melupakan si dia, keputusan untuk kembali bersama merupakan jalan mudah bagi pasangan yang sudah putus bercinta.

Kadangkala kita sebagai perempuan ni lupa tentang harga diri. Pada sis, selagi korang ingat harga diri korang tu lebih berharga dan orang layak menerima kebahagiaan diri, selagi itu lah kita berani untuk menghadapi cabaran.

Nak kembali bersama? Tak menjadi masalah jika diri sendiri tu boleh menerima keadaan dan situasi yang baru. Bukan sebab apa, kadangkala bukan semua perkara boleh kembali seperti yang asal!

via GIPHY

Oleh sebab itu, sis nak nasihatkan korang untuk berhati-hati dalam menjaga hati sendiri dan awasi lah 4 nasihat ini.

Yang pertama, korang kena mengambil kira tentang perasaan diri sendiri terlebih dahulu. Kalau boleh elakkan daripada membuat keputusan terburu-buru. Kita kenalah pastikan diri dah cukup bersedia untuk kembali bersama terlebih dahulu sebelum meletakkan diri dalam sesuatu keadaan yang baru.

via GIPHY

Yang kedua, korang tak perlu melibatkan keluarga atau teman rapat. Kadangkala, dalam situasi sebegini kita yang merasakan perasaan yang sebenar dalam setiap langkah dan setiap masa. Bukan ahli keluarga mahupun teman rapat.

Walaupun mereka ni boleh dipercayai, namun ingatlah diri sendiri yang kena hadapi segalanya! Sis bukan apa, disebabkan mereka ni tidak tahu perkara sebenar, mereka boleh menjadi berat sebelah terhadap hubungan korang ni.

via GIPHY

Apabila situasi menjadi tegang, kita kadangkala perlu memilih untuk berdiam diri. Elakkan daripada bersuara jika korang sedang beremosi. Ini supaya untuk mengelakkan diri daripada mengeruhkan keadaan yang masih sensitif!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my