Serious?!

Sayu, alunan Surah Al Baqarah oleh pelajar Malaysia iringi himpunan solidariti mangsa tragedi Christchurch

Oleh  | 

HENING dan sayu suasana di Christchruch semasa orang ramai hadir memberikan penghormatan  kepada mangsa yang terkorban dalam insiden serangan rambang Jumaat lalu.

Nampaknya, kejadian tragis itu tidak hanya mencoretkan luka kepada warga New Zealand malah turut dirasai oleh seluruh masyarakat di dunia. Maka, tidak hairanlah jika ramai yang datang berkongsi rasa kelukaan walaupun berbeza latar belakang bangsa dan agama.

Pertemuan untuk memberikan penghormatan terakhir itu diisi dengan alunan bacaan Al Quran daripada Surah Al Baqarah daripada seorang pelajar Malaysia bernama Universiti Canterburry (UCSA), Shahmi Aiman Saiful Adly

Video bacaan Al Quran itu kemudian dimuat naik oleh pengguna Facebook yang bernama Mohd Shahrizan menunjukkan orang ramai yang berkumpul di Canterbury Christchurch UniversityChristchurchmendengar dengan tekun seolah-olah cuba menghayati maksud ayat yang dialunkan.

Dalam himpunan solidariti itu, Shahmi membacakan ayat yang membawa maksud :

“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan dan kekurangan daripada harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar.

“Orang yang apabila mereka ditimpa kesusahan, mereka berkata : Sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan kepada-Nyalah kami kembali,”

BACA: “Kami bernasib baik,” mereka yang terselamat ceritakan detik pembunuhan tragedi Christchurch

Dapat pujian netizen

Ramai yang menurunkan komen menyatakan sayu dan tenang mendengar alunan bacaan daripada Shahmi itu di samping mendoakan agar mangsa terkorban memperoleh mati syahid di jalan Allah.

Team Dhia mengucapkan salam takziah kepada mangsa yang terkorban dalam tragedi tembakan rambang. Semoga roh mereka dicucuri rahmat. Al Fatihah.

BACA: Tragedi Christchurch : Terharu! Lelaki ini maafkan pembunuh isteri

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my