Inspirasi Dhia

Sayu! Lelaki ini maut dalam perjalanan beri makan kucing terbiar

Oleh  | 

AJAL dan maut adalah ketentuan Tuhan yang tidak boleh diduga. Seperti babak dalam sebuah drama, kejadian yang berlaku di Kelantan baru-baru ini ternyata meninggalkan kesan yang mendalam. Siapa yang boleh melupakan kisah seorang lelaki yang baik hati memberi makanan kepada kucing-kucing terbiar di Kota Bharu.

Lelaki yang dikenali sebagai Ahmad Razin Sapri sudah lama menjadikan hobi memberi makan kepada kucing terbiar bersama-sama ayahnya sejak dirinya masih kecil. Selepas pulang dari sekolah, Razin akan berjalan mengelilingi kampung untuk memberi makan kepada kucing jalanan yang terbiar.

Namun, tiada siapa dapat menduga, sebuah kejadian buruk telah menimpa Razin sewaktu dia dalam perjalanan memberi makan kepada kucing seperi yang biasa dilakukan. Razin baru sahaja membeli makanan kucing di sebuah kedai runcit berdekatan.

FOTO: World Of Buzz

Namun malang tidak berbau terjadi kira-kira jam 7:30 pagi ketika dia dalam perjalanan ke Pantai Irama. Kenderaan yang dinaiki pelajar tigkatan lima itu tiba-tiba hilang kawalan sebelum merempuh pagar.

Razin kemudian ditemui oleh seorang penunggang motorsikal dalam keadaan yang dipenuhi makanan kucing. Razin bagaimanapun digegaskan ke hospital. Akibat daripada kecederaan parah yang dialami, Razin berada dalam kondisi koma sebelum disahkan meninggal dunia keesokan harinya.

Arwah Razin telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Nahkoda Saamad dan dihadiri oleh saudara, keluarga dan rakan sekelasnya. Apapun, kebaikan Razin dan kasih sayangnya terhadap kucing terbiar pasti akan sentiasa diingati. Team Dhia yakin, kucing-kucing tersebut pasti merindui kedatangan Razin. Semoga Allah menempatkannya dalam kalangan hambanya yang beriman. Amin.

Sumber: World Of Buzz

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my