D-Life

Sebelum campak surat berhenti kerja dekat bos, pastikan…

Oleh  | 

MUNGKIN kita dah tak rasa semangat nak kerja. Jadi kita memerlukan suasana baru untuk lebih motivasi dan mengembangkan lagi pretasi kerjaya kita ke tahap yang seterusnya. Sebab itulah meninggalkan tempat kerja lama yang membuat kita selalu berasa lesu sangat penting sekali. Kita bebas melakukan pilihan yang terbaik untuk diri sendiri.

Tapi, nak berhenti kerja pun ada caranya. Bukan main angkat kaki sahaja tau. Selain surat berhenti kerja, ada juga beberapa perkara lain yang korang kena lakukan untuk mempersiapkan diri sebelum resign.

Jom baca sampai habis.

via GIPHY

Kuasai kerja korang selama ini

Sebelum berhenti, pastikan korang betul-betul dah kuasai semua kemahiran yang diperlukan. Benda ni penting tau supaya di tempat baharu nanti korang akan sama hebat atau lebih hebat dengan pekerja di sana. Lebih menarik lagi kalau kemahiran yang korang ada tidak mampu dilakukan oleh pekerja lain di tempat baru. Korang akan memiliki nilai tambah berbanding pekerja  lain.

Pastikan ramai kenalan

Selama korang bekerja, mesti korang berjumpa dengan ramai orang, kan? Ha benda ini bagus tau supaya korang boleh membuka lebih banyak peluang di masa hadapan. Kembangkan pergaulan korang supaya dapat bertukar fikiran dan membantu korang dalam mencapai kejayaan dalam bidang yang diidamkan.

via GIPHY

Promosi diri sendiri

Bukan bangga diri tau. Tapi korang kena bagitahu apa yang korang buat dan apakah kemahiran korang supaya orang luar lebih yakin dengan apa yang korang buat. Jadi, sila update profil LinkedIn atau media sosial korang. Mana tahu bakal majikan korang stalk media sosial korang. Ha, secara tak sengaja dia tahu yang korang memang pekerja yang bagus sebelum ini.

Mengatur kewangan

Niat nak berhenti kerja memang kuat. Tapi pada masa yang sama pastikan kewangan korang pun kukuh juga. Kena rasional. Sebelum niat nak berhenti, pastikan korang menabung untuk memulakan hidup yang baru.

via GIPHY

Kawal emosi

Ha, yang ini sangat penting tau. Memang ada orang yang boleh bekerja dengan idea yang baik. Tapi bila sampai kepada bab kawal emosi, mereka gagal. Kerjanya asyik nak mengamuk sahaja di pejabat. Kalau sebelum ini pernah ada orang yang cakap korang seorang yang beremosi. Dekat tempat baru nanti pastikan korang seorang yang chill dan terbuka nak dengar teguran.

Okaylah, ini sahaja yang sis boleh cadangkan untuk korang. Semoga berjaya di tempat baharu.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my