DhiaLova

Sebelum nak nikah, kamu perlu lakukan ini

Oleh  | 

HANYA cinta yang kita perlukan – begitulah kata orang-orang. Namun cinta memerlukan pembuktian. Terutama apabila kamu sudah membuat keputusan untuk membangunkan kehidupan bersama-sama orang yang kamu cintai.

Memang indah membayangkan sebuah perkahwinan dengan gelak-tawa dan senda gurau antara kita dan kesayangan. Namun sebenarnya, ia lebih daripada itu. Segalanya akan berubah dan kamu perlu menggalas tanggungjawab yang lebih besar bersama-sama sepanjang hayat.

Maka, untuk itu, apa kata kamu semak sikit beberapa perkara untuk memastikan kamu betul-betul bersedia melangkah ke sebuah fasa hidup yang baharu dan mencabar.

Memahami prinsip hidup masing-masing

via GIPHY

Sebelum kamu membuat keputusan untuk memberi komitmen dalam kehidupan, apa kata kamu duduk berbincang tentang nilai hidup dan prinsip hidup masing-masing. Bedasarkan perbincangan itu, kamu mungkin menyedari bahawa ada beberapa bahagian dan cara hidup kamu yang saling bertentangan. Mungkin kamu berbeza cara pandangan dalam bidang politik dan latar belakang keluarga. Namun ia bukanlah apa-apa asalkan kamu berdua boleh mencari persamaan dan menghormati pendirian masing-masing. Apa yang penting ialah kamu berdua perlu matang menguruskan perbezaan dan menyelesaikan konflik.

Duit oh duit!

via GIPHY

Walaupun kewangan bukanlah sesuatu yang seronok untuk dibincangkan, namun untuk kali ini kamu berdua perlu lebih serius membincangkan perkara ini memandangkan ia dapat memberi impak yang besar kepada diri kamu. Kamu perlu membincangkan berapakah wang yang kamu miliki dan perbelanjaan kamu seharian. Sekiranya kamu mempunyai hutang, kamu perlu juga merancang perbelanjaan agar boleh menjalani kehidupan sesuai pendapatan yang kamu peroleh.

Berapa orang anak

via GIPHY

Penting tau merancang keluarga apalagi tentang jumlah anak selepas kamu berkahwin nanti. Ini kerana, memperoleh anak memerlukan komitmen dan perbelanjaan yang tinggi. Maka sebab itulah penting untuk dibincangkan dan dipersetujui perkara ini sejak awal lagi

Berjumpa keluarga dan sahabat terdekat masing-masing

via GIPHY

Orang terdekat boleh memnberikan sisi lain calon suami kamu yang selama ini tidak kamu ketahui. Luangkan sedikit masa kamu bertemu dengan keluarga dan rakan-rakan calon suami kami. Bila sudah blend in barulah kamu tidak segan untuk bergaul dengan mereka bila sudah berkahwin nanti.

Selesaikan apa yang belum selesai

via GIPHY

Sekiranya kamu kerap bergaduh dan salah faham dengan perkara yang kecil dengan pasangan kamu. Sebelum berkahwin ini kamu harus belajar untuk toleransi. Jangan memperbesarkan hal yang kecil kerana selepas kamu bernikah nanti, kamu  akan berhadapan dengan masalah dan isu yang lebih besar. Semoga kita boleh menghadapi segala ujian dengan tabah dan bijak sebelum menginjak ke gerbang perkahwinan nanti ok girl?

Sumber: realsimple

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my