Diri Dhia

Sebelum pad dicipta, perempuan pakai apa waktu period?

Oleh  | 

PAD adalah nyawa bagi semua perempuan bila masuk waktu period. Tak boleh bayang kalau tak ada pad. Adoi! Tapi pernah tak korang terfikir macam mana pad boleh dicipta dan siapa pula yang mula-mula bijak bernas ada idea seperti ini?

Ha, katanya sejarah pad pertama ni wujud waktu abad ke sepuluh zaman Ancient Greece di mana ada seorang perempuan melempar satu kain berdarah haid kepada orang yang meminatinya dengan harapan lelaki itu akan berhenti menyukainya,

Sebelum pad pakai buang ni dicipta, kebanyakkan perempuan akan guna kain kapas, buku arnab dan juga rumput waktu datang bulan.

via GIPHY

Pad dipakai buat pertama kali apabila seorang jururawat mencari sebuah kaedah baru untuk menghentikan pendarahan terutamanya kepada mereka yang cedera di medan perang. Ia buat daripada pulpa kayu di Perancis. Ia boleh menyerap dan murah.

Apalagi, pengeluar komersial meminjam idea ini dan menghasilkan pad pakai buang pertama dipanggil Southball pada tahun 1888. Kemudian, syarikat Johnson & Johnson mengembangkan idea ini pada tahun 1896 dengan menghasilkan pad dipanggil  Lister’s Towel: Sanitary Towel’s for Ladies. Tapi pada ketika itu para wanita tak rasa selesa dengan nama pad itu. Jadi ia ditukar menjadi Nupak. Ha, tak rasa langsung macam pad, kan?

via GIPHY

Walaupun tuala wanita ni dah wujud waktu itu, tapi ia masih terlalu mahal. Kebanyakkan mereka masih lagi menggunakan cara tradisional. Bukan itu sahaja tau, komuniti waktu tu pun masih lagi tak boleh terima jual beli pad ini. Wanita yang nak beli pad ini boleh terus masukan duit dalam tabung kecil dekat kaunter dan ambil pad terus tanpa perlu bercakap dengan mereka yang jaga kaunter. Lama juga la sebelum komuniti nak terima jual beli pad ini sebagai sesuatu yang normal.

Dalam tahun sekitar 1980, mereka pun menghasilkan pad yang ada pelekat dekat salah satu bahagian untuk dilekatkan di seluar dalam. Pada abad ke 20 ini, industri tuala wanita ini pun dah semakin diterima oleh orang ramai. Maka terhasillah pelbagai jenis pad macam  wings atau scented pads.

via GIPHY

Pun begitu, pad masih lagi mahal dekat negara-negara miskin dan membangun. Sebab itu masih ada lagi yang pakai lampin tebal waktu period. Bersyukur sangat kita lahir dalam era pad sudah dihasilkan dan tak mahal mencekik darah. Yea!

Sumber: Femmeinternational

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my