DhiaLova

Sebenarnya, berapalah umur yang paling sesuai untuk kahwin menurut pakar?

Oleh  | 

ALAH, korang mesti pernah dapat soalan “Bila nak kahwin?” Paling tak pun sekali. Perkahwinan ini sebenarnya ikut masing-masing punya pemahaman bilakah mereka rasa sudah bersedia menjadi seorang isteri.

Ada yang menganggap umur tertentu macam 19 tahun dah sudah cukup matang. Ada juga yang menganggap ia masih muda untuk mendirikan rumahtangga. Jadi, dalam artikel kali ini, mari kita berbual tentang umur yang paling ideal untuk bernikah menurut pandangan pakar.

via GIPHY

Berdasarkan kepada penelitian yang diterbitkan oleh Institute for Family Studies, berkahwin pada usia terlalu muda  iaitu bawah 18 tahun sangat berisiko tinggi terhadap penceraian.

Pasangan yang berkahwin muda biasanya akan mengalami penceraian selepas lima tahun usia perkahwinan berbanding mereka yang berkahwin pada awal 20an.

Pasangan yang berkahwin pada usia 25-29 tahun mempunyai risiko penceraian 15 peratus manakala peratus penceraian lebih rendah dimiliki oleh pasangan yang berkahwin pada 30-34 tahun. Risiko penceraian kembali meningkat 19 peratus buat pasangan yang berkahwin pertama kali pada umur 35 tahun ke atas.

via GIPHY

Menurut US National Library of Medicine, berkahwin pada umur sebelum 18 tahun boleh memberi kesan sampingan buat perempuan. Ini kerana mereka masih terlalu muda untuk melalui proses reproduksi. Antara kesan yang bakal dihadapi sekiranya kahwin pada umur terlalu muda ialah:

-Risiko mengalami komplikasi ketika bersalin adalah tinggi. 

-Mempunyai risiko kekurangan nutrisi

-Risiko gangguan kesihatan yang boleh mengundang maut. 

Bukan itu sahaja, sekiranya mereka mengandung. Anak di dalam kandungannya juga boleh mengalami beberapa keadaan seperti berikut:

-Berisiko 30 peratus lebih tinggi mendapatkan bayi yang mempunyai  berat badan rendah.

-Memiliki risiko anak lahir pramatang

-30 peratus risiko anak mengalami stunting. 

Ya, walaupun tak semua pasangan akan bercerai kalau kahwin lebih tua. Namun, dari segi kesihatan, ia sangat memberikan pengaruh. Pelbagai perkara perlu dipertimbangkan sebelum memutuskan untuk berkahwin. Jadi, fikir elok-elok tau.

via GIPHY

Sumber: Kompas

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my