D-Life

Sebenarnya, bila waktu paling tepat nak ambil sarapan?

Oleh  | 

SEJAK kecil lagi memang mak-mak akan bising suruh kita sarapan pagi. Dari darjah satu pun kita dah dengar cikgu kita membebel suruh ambil sarapan supaya hari kita bertenaga.

Bukan itu sahaja, sarapan juga dapat menjaga berat badan, meningkatkan kesihatan jantung dan menyeimbangkan gula dalam darah.

Kalau nak cerita tentang keburukkan tak ambil sarapan pun boleh tahan juga banyaknya. Antaranya, ia boleh menyumbang kepada stres, dan obesiti. Mana tidaknya, hormon korang boleh mengejut seterusnya boleh membuat kan korang lapar dan makan lebih banyak di kemudian hari.

via GIPHY

Namun, kalau korang nak tahu, pengambilan sarapan sahaja tidak cukup. Korang kena ada waktu sarapan yang tepat.

Waktu terbaik untuk bersarapan ialah dua jam selepas bangun daripada tidur. Jika lebih cepat korang bersarapan lepas bangun pagi, maka makin baguslah metabolisme dalam badan korang tu.

Tapi kalau korang berhasrat nak jogging atau bersenam di pagi hari. Korang boleh ambil roti bakar atau pisang sebelum pergi bersenam.

via GIPHY

Pilihlah juga makanan yang sihat dan baik untuk diri korang. Antaranya adalah seperti berikut:

  • Bijirin yang dimakan bersama susu rendah lemak, oatmeal atau telur rebus.
  • Sejukkan yogurt semalaman dan potong buah-buahan dalam saiz kecil untuk dibuat salad.
  • Boleh juga makan kacang untuk menggantikan mentega. Korang juga boleh buat jus sendiri untuk memberi kesegaran di setiap pagi.

Jadi amacam? Selamat mencuba!

 

 

 

 

 

Sumber: CNN Indonesia

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my