Serious?!

Sebenarnya, Dini dah lama suka Janna Nick sejak…

Oleh  | 

KISAH percintaan pasangan selebriti ini menjadi buah mulut semua apabila Janna Nick secara terbuka membuat pengakuan bahawa dia memang sedang hangat bercinta dengan pelakon berdarah kacukan Melayu-Switzeland, Dini Azan Schatzmann.

Sebenarnya, Dini mengakui sudah tertarik dengan personaliti Janna sejak mereka mula berjumpa buat pertama kali dalam satu lokasi pengambaran drama pada Julai tahun lalu. Waktu itulah, Dini merasa selesa dengan karakter Janna dan cara pelakon itu bekerja.

FOTO: IG Dini

Hubungan mereka menjadi semakin rapat apabila Dini menjadi coach untuk train Janna exercise selepas habis pengambaran.

“Janna yang saya kenal adalah seorang yang sangat mengambil berat, lembut dan baik. Paling saya kagum ialah dengan cara dia bekerja. Saya tak pernah jumpa orang yang begitu fokus dan komited dalam kerja. Pada usia yang begitu uda, dia sudah memikul tanggungjawan yang besar dengan baik,” cerita Dini.

FOTO: IG Dini

Dini sudahpun membawa Janna bertemu dengan ibunya beberapa kali namun kedua-dua pasangan itu mengakui masih terlalu awal untuk mengikat tali pertunangan dan melangkah ke fasa yang seterusnya.

Sebelum ini, Janna pernah meminta agar orang ramai mendoakan hubungan yang baru terbina ini akan berjalan dengan baik dan mengakui bahawa Dini sememangnya seorang leaki yang baik hati dan hanya satu dalam sejuta.

Team Dhia pun happy sangat dengan pasangan ini dan semoga kekal selama-lamanya!

Sumber: Mstar

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my