D-Life

Sebenarnya, kucing akan lari lintang pukang bila nampak timun sebab…

Oleh  | 

SIAPA kat sini yang suka snagat dengan kucing? Orang kata, kalau kita suka kucing itu menandakan kita seorang yang sangat penyayang. Betul ke? Tak tahulah kebenarannya. Tapi apa yang pasti, kali ini kita nak sembang tentang kucing sebenarnya takut timun.

Dah banyak sebenarnya video yang pernah viral menunjukkan kucing akan lari lintang pukang bila nampak timun. Dah macam nampak hantu!

Apa sebenanrya yang menyebabkan kucing ini cuak gila bila nampak timun? Adakah mereka alergik pada tumbuhan dan sayuran? Mungkinkah generasi nenek moyang mereka pernah tercekik bila makan timun pada zaman sebelum ini?

Kalau korang nak tahu, menurut pakar iaitu Jill Goodman menyatakan kucing sebenarnya terkejut dan mereka akan reflek kepada benda-benda macam itu. Empunya kucing pun tak patut terkejutkan kucing korang dengan timun sebab ia akan memberikan kesan tak baik kepada kucing korang di masa hadapan.

via GIPHY

Kucing akan berasa sangat aneh melihat timun hanya diam sahaja di lantai. Warnanya juga seperti ular yang dianggap berbahaya bagi kucing.

Kalau kucing korang melompat, kucing itu bukanlah takut tetapi lebih kepada terkejut. Jadi, lepas ini jangan pula lempat timun dekat kucing korang. Kesian mereka terkejut. Mereka pun boleh trauma tau.

Sumber: Kucingpedia

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my