D-Life

Sebenarnya menangis mampu menangani masalah kesihatan

Oleh  | 

KITA sebagai manusia dah menjadi lumrah bila kita berasa sedih kita akan menangis. Tak kira lah lelaki atau perempuan, rasa nak menangis bila berlaku sesuatu yang tak diingini atau sesuatu yang sedih pasti buat kita menangis.

Tapi korang tahu tak yang menangis ni sedikit sebanyak dapat membantu kita dalam beberapa masalah kesihatan? Wow tak sangka menangis pun boleh merawat!

Jadi di sini sis nak kongsi dekat korang beberapa masalah kesihatan yang sedikit sebanyak dapat di atasi atau dapat membantu jika korang menangis.

Stress

Bila korang stress korang buat apa? Menangis la kan, sebabnya korang perasan tak bila korang menangis masa korang stress, lepas nangis tu korang rasa sedikit lega.

Dalam sebuah kajian ada menyatakan yang menangis membantu untuk korang relax masa tengah stress. Kajian itu juga mengatakan menangis aktifkan parasympathetic nervous system (PNS). Ianya menjadikan kita lebih tenang dengan merangsang otak kita untuk bertenang.

via GIPHY

Tekanan Darah Tinggi

Masalah darah tinggi boleh membawa kepada banyak masalah kesihatan yang lain seperti sakit jantung dan lain-lain. Mengikut kajian, menangis sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan tekanan darah sebabnya ianya memberi ketenangan pada seseorang.

via GIPHY

Membuang Toksin

Menangis membantu membuang toksin dalam badan sebabnya bila korang menangis ianya membersihkan habuk pada mata. Selain itu, bila kita menangis air mata membuang toxin yang terdapat pada badan disebabkan stress.

Ini menjadikan mood kita lebih baik dan tidak hairanlah kita rasa lega bila lepas menangis.

via GIPHY

Mood Swings

Mood swings ni memang akan buat korang rasa nak marah,menyampah dan sebagainya. Tapi dengan menangis ianya dapat menstabilkan hormon kita dan menjadikan mood kita lebih baik selepas tu. So bila lepas menangis korang akan lebih tenang dan akan lebih fokus.

via GIPHY

Kesakitan

Perasan tak bila kita dalam kesakitan, mata kita akan berair sebab terasa pedih atau sakit. Ianya sebenarnya nak membantu kita untuk mengurangkan rasa sakit tu dan menangis mengeluarkan endorphin yang akan bertindak untuk mengurangkan sakit kita. Jadi, menangis la sis tak larang pun sebab ianya dapat membantu kita fokus nak buat kerja ni.

via GIPHY

Sumber:Brightside.me

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my