Serious?!

Sebenarnya najis boleh menyelamatkan nyawa

Oleh  | 

SIAPA sangka najis pun boleh di derma?! Mula-mula sis terkejut betul, iah tak sangka najis manusia pun ada kegunaanya. Yang sering kita dengar, derma darah, derma organ, derma sperma dan juga susu ibu.

Tak pernah pulak dengar derma tahi boleh mendapatkan pendapatan yang lumayan!  Sudah tentu lah jijik bila kita mendengarnya. Namun percaya atau tidak, ia boleh menyelamatkan nyawa.

Sebelum korang pelik dan naik jijik, biar sis terangkan untuk apa derma najis ni boleh menyelamatkan nyawa dan bagaimananya prosesnya.

Prosesnya dikenali sebagai transplant mikrobiota fecal (FMT) atau pemindahan adalah satu rawatan baru untuk penyakit yang digelar Clostridium Difficile (C.diff).  Penyakit ini mempunyai bakteria yang boleh memberi kesan pada usus dan menyebabkan penyakit cirit-birit.

Kesan jangkitan ini seringkali menyerang individu yang baru dirawat dengan antibiotik dan dengan mudah boleh berjangkit kepada orang lain. Apa yang paling merbahaya adalah, penyakit ini boleh meragut nyawa!

Jika pendermaan najis ini tidak dilakukan, rawatan untuk penyakit ini juga tidak akan dapat dilakukan. Bukan itu sahaja, penyakit ini agak  tinggi menjangkiti manusia dan rawatannya sangat lah mahal!

Pada tahu  2015, lebih kurang sejuta rakyat Amerika Syarikat terjangkit dengan penyakit ini dalam tempoh setahun dan lebih kurang 29,000 manusia meninggal dunia setelah hanya 30 hari mengalami penyakit ini.

Pemindahan tahi adalah satu rawatan yang sangat berkesan dan perderma najis yang sihat akan dibayar sebanyak RM160 untuk setiap kali sumbangan dan perlu mendermakan sekerap mungkin dalam tempoh 60 hari.

Najis tersebut akan diproses dengan pemeriksaan penuh dan sebanyak dua kali barulah dibekalkan untuk rawatan!

Sumber:iluminasi.com

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my