D-Life

Sekarang perempuan pun boleh jadi gamers dengan 5 games ini…

Oleh  | 

KALAU sebut sahaja permainan video atau game, mesti orang akan kaitkan dengan lelaki. Kadangkala orang boleh bergaduh dengan kekasih sebab tak beri tumpuan dekat perhubungan mereka. Mana tidaknya, masa banyak dihabiskan dengan game.

Sekarang ini banyak sahaja game yang onz dan sangat sesuai untuk korang para gadis kalau nak menceburkan diri dalam dunia permainan video. Ada juga yang dah level tinggi sampai boleh menang anugerah. Lepas ini kalau kekasih kita tak layan kita sebab sibuk main game, kita pula tak layan dia dengan alasan yang sama. Padan muka dia.

Baik, ada beberapa game yang sangat bagus dan korang hanya perlu download di apps store. Mari kita lihat apakah game tersebut!

Crasher: Origin

Game ini memang bawa korang macam pergi berperang di alam realiti. Bunyi, efek, dan juga grafik 3D memang terbaik. Korang juga boleh berlawan dengan pemain lain di sekitar benua asia tenggara. Bukan itu sahaja, kalau korang power, korang akan berada di tempat teratas dalam liga.

Traffic Rider

Nak beli motorsikal besar tapi emak korang tak bagi sebab suruh korang menganyam ketuat di dapur? Tak ada masalah, download sahaja game ini sebab ia juga sangat berguna kalau korang tengah marah. Dalam game ini korang boleh langgar apa sahaja dan  korang akan diveri markah untuk itu. Korang kononnya akan menunggang motor ala-ala Harley Davidson.

Race Kings

Tak puas menunggang motorsikal? Apa kata korang pandu kereta pula. Permainan grafik ini akan buat korang memandu kereta macam Mustang GT, Pagani Huayra dan Subaru WRXSTI.  Apalagi, bantailah lawan korang sepuasnya.

Archero

Tak nak game yang terlalu lasak dan nakkan game yang manja-manja sahaja? Tak ada masalah, apa kata korang cuba game ini. Korang kena cari banyak monster untuk dibunuh dan dicari. Tentunya ada banyak perangkap untuk bagi korang kalah. Jangan tertipu!

Era of Celestials 

Ingin menjadi hero sebab di alam nyata korang sejenis loser? Tak ada masalah, dalam game ini korang akan menjadi seorang hero. Korang kena menjelajah dunia . Korang pun boleh menukarkan hero-hero ini dengan kuasa unik.

Aagak-agaknya, mana satu game yang korang nak start dulu?

Sumber: Fossbytes

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my