DhiaLova

Selain BCL dan Ashraf, Ini pasangan romantis selebriti Malaysia-Indonesia

Oleh  | 

CINTA tak pernah memilih asal usul dan keturunan. Jika memang itulah ketentuan dan jodoh, tidak ada kuasa yang mampu menghalang. Boleh jadi dia di depan mata. Boleh jadi juga dia berada di seberang lautan. Ramai yang memperkatakan kisah percintaan antara Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari yang menganggapnya sebagai kisah asmara yang romantis. Tidak ada sesiapa yang boleh memisahkan melainkan kematian.

Walaupun mereka padaasalnya menjalinkan hubungan istimewa jarak jauh, namun selepas berkahwin mereka memilih untuk tinggal di Indonesia. Hubungan suami isteri masih kekal bahagia walaupun usia perkahwinan sudah mencecah 11 tahun.

Sebenarnya, ramai juga selebriti yang berkahwin antara negara Malaysia-Indonesia ini. Jom kita tengok siapakah mereka.

Laudya Cynthia Bella dan Engku Emran

Walaupun dah berkali gagal dalam percintaan, Bella kemudian menamatkan zaman anak daranya pada 8 September 2017 dengan Engku Emran. Sebelum ini Engku Emran pernah berkahwin dengan Erra Fazira. Bella kini menetap di Kuala Lumpur.

Prisia Nasution dan Iedil Putra

Tak pernah pun dengar cerita tak baik tentang mereka berdua ini. Walaupun Prisia gagal dalam rumah tangga, namun segalanya berubah setelah bertemu Iedil Putra. Selepas berkahwin, Prisia rajin ulang alik dari Jakarta ke Malaysia.

Tya Arifin dan Asyraf Khalid

Siapa yang tak kenal dengan menantu Dato Siti Nurhaliza ini. Cantik dan lembut orangnya. Sejak berkahwin Tya menetap di Malaysia dan sekarang dah ada 2 orang anak.

Sumber: IDN Times

Seronok pula tengok pasangan ini. Korang rasa macam mana? Jodoh korang dengan negara mana agaknya?

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my