D-Life

Selain memasak, 5 Kelebihan ‘butter’ untuk kegunaan harian

Oleh  | 

MENTEGA merupakan satu bahan yang kegunaan utamanya adalah memasak. Butter ni jugak antara bahan utama dalam pembuatan kek dan kuih muih.

Satu fakta yang sis nak kongsikan dekat korang adalah, butter yang tulen mengandungi 80% lemak susu dan 20% lagi adalah composed water dan susu pejal.

Tapi, kegunaan mentega ini bukan sahaja boleh digunakan untuk memasak. Namun, ia juga boleh digunakan dari segi keperluan kehidupan seharian kita juga! Jom sis baca ni, sis kongsikan dekat korang.

Mengurangkan kepenatan pada kaki

Kalau korang dah penat berjalan selama satu hari dan kaki oran gpun dah rasa lenguh, sis cadangkan dekat korang untuk ambilkan sedikit butter dan urutkan pada kaki. Setelah diurut, balutkan kaki korang dengan tuala yang basah dan suam. Biarkan kaki terbalut selama dalam 10 minit dan bilas dengan air. Kaki korang akan terasa segar dan berbau seperti popcorn!

Menghilangkan kesan getah pokok 

Kalau korang pergi camping ke atau hiking ke dan korang terkena pulak cecair yang keluar dari pokok-pokok tertentu, ya memang susah untuk menghilangkan kesan melekit-lekit tu. Korang boleh gosokkan sedikit mentega pada kulit dan kemudian cuci dengan sabun dan air sehingga bersih.

Merawat rambut kering

Kalau rambut korang tu dah kering sangat macam sabut kelapa, cuba lah alternatif ini. Korang cuba sapukan butter pada rambut dan urutkan butter tersebut pada rambut yang kering tu. Gunakan shower cap untuk tekup rambut korang tu selama 30 minit sebelum membersihkan dengan shampoo dan air dengan bersih.

Shaving cream habis? ‘No problem!’

Katakan lah tiba-tiba korang dah ready nak sesi mencukur tapi tiba-tiba habis pulak shaving cream! Tak ada masalah, kalau rumah korang ada butter, boleh disapukan pada kulit dan bercukur lah seperti biasa!

Semoga tips yang dikongsikan ini dapat membantu korang untuk kehidupan seharian dan kalau-kalau emergency case ke apa kan.Semog berjaya!

Sumber:Readers Digest Extraordinary Uses For Ordinary Things

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my