Serious?!

Selain ‘opsyenal’, perkataan ni pun sebenarnya ada dalam Kamus Dewan tau!

Oleh  | 

BARU-BARU ini seorang menteri ada mengeluarkan kenyataan di laman sosial Twitter miliknya. Namun, selain dari isu muka surat jawi yang diperkatakan menteri itu,perkataan Opsyenal nak digunakan beliau turut menjadi perbualan netizen.

Rata-rata terkejut dengan perkataan opsyenal yang digunakan oleh menteri dan mempertikaikan adakah perkataan itu betul-betul wujud. Ha, sis pun apalagi, terus cari i kewujudan ejaan dan perkataan itu menerusi kamus dewan bahasa versi digital yang dipanggil Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). Ternyata setelah diselidik, perkataan itu memang tercatat dalam kamus dewan bahasa!

Ha, sebenarnya ada banyak lagi tau perkataan yang mungkin korang tak tahu yang ia sebenarnya tercatat dalam kamus dewan bahasa tau. Meh sis kongsikan sikit!

via GIPHY

Awek

Definisi : (awék)  panggilan yang biasa dihubungkan dengan seorang gadis.

Pancapersada

Definisi1 balai bertingkat-tingkat tempat raja bersemayam. 2 tempat mandi yang dibuat bertingkat-tingkat

Taler

Definisi : (talér) tali leher, dasi

Acah

Definisi :beracah-acah bermain-main, bersenda-senda

Audiens

Definisi :para penonton, pendengar, pembaca dsb sesuatu persembahan, rancangan, karya

Kuorum

Definisi : bilangan peserta paling kecil atau paling sedikit yang mesti hadir untuk mengesahkan sesuatu mesyuarat

Gostan

Definisi :undur (ke belakang)

Sengkek

Definisi : (séngkék) 1. orang Cina totok (yang baru datang dari negeri China); 2. bangsat, papa, miskin.

Pakwe

Definisi : teman lelaki bagi seseorang wanita.

Palat

Definisi : orang yang tidak berguna.

Ha, inilah sedikit sebanyak yang sis boleh kongsikan dekat korang tentang perkataan yang sebenanrya wujud dalam kamus dewan. Lepas ni, tak la tertanya-tanya kan?

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my